Grey market

Pasaran samar

Apakah itu pasaran samar?

Pasaran samar (atau pasaran kelabu) ialah pasaran yang tidak dikawal dan tidak rasmi di mana pedagang boleh membeli atau menjual sekuriti kewangan yang tidak tersedia di pasaran rasmi pada masa tersebut. Ini biasanya berlaku apabila saham suatu syarikat belum lagi disenaraikan di pasaran saham melalui Tawaran Awam Awal (IPO). Senario lain ialah apabila saham atau aset lain telah digantung daripada perdagangan rasmi.

Pasaran samar dijelaskan

Di pasaran samar, sekuriti kewangan sentiasa didagangkan melalui urusniaga di kaunter (OTC, over the counter transactions). Ini bermakna ia tidak ditawarkan oleh mana-mana bursa tetapi hanya oleh broker atau pembekal perdagangan lain. Contoh yang baik ialah membeli saham sebelum ia dikeluarkan oleh syarikat semasa IPO. Sebenarnya, ia bukan saham sebenar tetapi sesuatu seperti niaga hadapan tidak rasmi bagi saham tersebut. Dalam erti kata lain, seorang pedagang menilai syarikat dan membuat tawaran jika harga saham IPOnya akan terlebih atau terkurang nilai.

Premium pasaran samar

Premium Pasaran Samar (GMP, Grey Market Premium) ialah harga saham didagangkan di pasaran samar. Ia berasaskan kepada sentimen pasaran. Jika permintaan tinggi dan penawaran rendah, GMP adalah tinggi. Jika tidak, jika permintaan rendah dan penawaran tinggi, premiumnya rendah. Berikut kami berikan satu contoh:

Mari kita andaikan bahawa harga terbitan saham X ialah $100 dan GMP ialah $200. Ini bermakna pedagang bersedia untuk membeli saham X dengan harga $300 ($100 + $200). Untung dan rugi kini bergantung kepada sama ada sesuatu saham itu disenaraikan pada harga GMP atau tidak. Jika harga penutupan saham pada hari pertama perdagangan lebih tinggi daripada harga yang dibayar sebelum IPO, pedagang mendapat keuntungan. Jika harga selepas IPO rendah, peniaga mengalami kerugian.

Pasaran samar berbanding pasaran gelap

Memandangkan pasaran samar tidak rasmi, ia tidak dikawal oleh pihak ketiga seperti pihak berkuasa. Selain itu, tiada platform rasmi, dan semua perdagangan berlaku di kalangan sekumpulan orang yang terhad. Semua urusan adalah berdasarkan saling percaya-mempercayai. Namun begitu, pasaran samar adalah sah sepenuhnya, tidak seperti pasaran gelap, yang di luar undang-undang.

Mengapa berdagang di pasaran samar

Kelebihan utama perdagangan di pasaran samar ialah anda boleh membeli saham sebelum ia disenaraikan di mana-mana bursa. Kemudian, jika IPO berjaya, anda akan mendapat keuntungan. Satu lagi poin lain ialah anda boleh dagangkan semua sekuriti kewangan yang digantung daripada didagangkan di pasaran rasmi.

Undur

2022-02-08 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera