-
Apakah itu indikator prestasi utama?
Indikator prestasi utama ialah sejenis indikator yang mengukur kejayaan sesebuah syarikat. Ia biasanya mengambil kira keuntungan bersih, pendapatan atau kecairan dan ketersediaan tunai syarikat.
-
Apakah itu indikator RSI?
Indikator Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Indicator) mengenal pasti perbezaan antara jumlah kenaikan terkini dan penyusutan terkini. Ia indikator teknikal yang menghitung arah dan kelajuan pergerakan aset.
Indicator
Indikator
Apakah itu indikator?
indikator adalah alat statistik yang menganalisis keadaan semasa di pasaran, mengenal pasti pola carta dan memberikan ramalan tentang perubahan pergerakan harga yang berpotensi berlaku. Pedagang menggunakan indikator untuk menyesuaikan strategi perdagangan mereka sejajar dengan ramalan ini untuk memaksimumkan keuntungan mereka dan mengelak dari mengambil risiko yang tidak perlu.
Di sini anda akan pelajari apa itu sebenarnya indikator dan jenis-jenis indikator yang anda boleh gunakan dalam perdagangan anda.
Memahami indikator
Adalah penting untuk mempunyai kefahaman tentang bagaimana indikator perdagangan berfungsi sebelum menggunakannya secara praktis. Indikator meramalkan apa yang akan berlaku pada pasaran berdasarkan data sejarah. Indikator menganalisis pelbagai maklumat dan data, termasuk harga pembukaan, harga penutupan, volum. Bergantung pada data yang dianalisis dan aplikasinya, terdapat indikator trend, indikator momentum, indikator volum, indikator volatiliti, serta indikator sokongan dan rintangan. Pedagang boleh menggabungkan pelbagai indikator yang berbeza untuk mengetahui dengan lebih lanjut ke mana arah pergerakan harga yang seterusnya, tetapi secara umumnya pedagang dinasihatkan untuk memilih hanya beberapa indikator dan belajar bagaimana menggunakannya dengan betul.
Sungguh pun begitu, walaupun setiap indikator mempunyai fungsi dan pengaplikasian yang berbeza, semua indikator jatuh ke dalam dua kumpulan besar: indikator ekonomi dan teknikal.
Indikator ekonomi
Indikator ekonomi adalah indikator yang bertunjangkan acara/peristiwa ekonomi global dan nasional yang boleh mempengaruhi harga aset. Jika pedagang memilih untuk menggunakan indikator yang sebegitu, mereka harus mengikuti semua berita dunia dan memberi perhatian kepada kalendar ekonomi yang disediakan oleh broker. Indikator ekonomi digunakan di dalam analisis fundamental.
Indikator teknikal
Indikator teknikal pula adalah indikator yang berasaskan formula matematik yang menilai situasi pasaran secara automatik apabila ia diaktifkan oleh anda. Ia membantu meramalkan trend harga dan membantu anda membuat keputusan untuk membuka atau menutup posisi. Indikator teknikal digunakan dalam analisis teknikal. Untuk maklumat yang lebih terperinci, baca mengenai indikator forex terbaik.
Contoh indikator
Mari kita lihat beberapa contoh indikator ekonomi dan teknikal.
Indeks Harga Pengguna (CPI)
Indeks Harga Pengguna, atau CPI, adalah salah satu indikator ekonomi yang paling banyak digunakan yang mengukur perubahan harga bagi sebakul barangan dan perkhidmatan pengguna. CPI juga biasanya digunakan oleh pihak berkuasa dan pemasar kewangan untuk mengukur perubahan kos sara hidup dan mengenal pasti inflasi dalam ekonomi sesebuah negara.
Harga aset juga cenderung untuk menjadi lebih meruap apabila inflasi tinggi, jadi CPI membantu pedagang merancang strategi perdagangan mereka di tempoh yang dijangka meruap ini. Ia juga boleh memberikan amaran awal kepada pedagang Forex mengenai perubahan yang berkemungkinan akan dilakukan ke atas dasar monetari sesebuah negara yang boleh melemahkan atau mengukuhkan kedudukan matawang nasionalnya berbanding matawang lain di pasaran.
Purata Bergerak (MA)
Purata Bergerak, atau MA, adalah indikator teknikal yang menganalisis harga aset sepanjang suatu tempoh masa tertentu untuk menentukan arah trend dan aras sokongan atau rintangan. MA membantu pedagang memahami data harga yang tertera di carta dengan lebih baik dan meramalkan arah pergerakan harga. Ia juga boleh menjana signal perdagangan yang membantu pedagang membuat keputusan untuk masuk atau keluar daripada posisi perdagangan mereka.
2022-11-22 • Dikemaskini