Litecoin

Litecoin

Broker-broker Forex telah memutuskan untuk menawarkan instrumen perdagangan Litecoin untuk pelanggan mereka kerana mahu menjadi pendahulu inovasi dalam pasaran matawang. 

Definisi

Dilancarkan pada 2011 oleh Charlie Lee, seorang graduan MIT dan bekas jurutera Google, Litcoin adalah matawang kripto yang kedua popular selepas Bitcoin. 

Ia adalah satu bentuk matawang digital yang dicipta dan dipindahkan secara elektronik menggunakan penyulitan (encryption). Seperti Bitcoin, transaksi Litecoin direkodkan ke sebuah lejar awam dan koin baru dihasilkan menerusi proses yang dikenali sebagai "perlombongan".

Antara kelebihan Litecoin berbandign Bitcoin termasuklah masa pengesahan blok yang lebih pantas dan algoritma cincangan scrypt (untuk mengelakkan perlombongan ASIC). 

Mencerakinkan Litecoin

Tetapi mampukah Litecoin mencapai kejayaan besar seperti Bitcoin atau mungkin lebih lagi?

Pada asalnya, Litecoin dilancarkan dengan matlamat untuk menjadi "perak" kepada Bitcoin yang dianggap "emas", dan ia telah pantas menjadi popular sejak dari kelahirannya lagi. Litecoin adalah matawang antara sesama pengguna internet yang membolehkan pembayaran kepada sesiapa di dunia ini dengan yuran yang sangat rendah kosnya. Ia sebuah rangkaian pembayaran global dengan sumber terbuka dan terpencar sepenuhnya tanpa badan berkuasa pusat. Kriptografi menjadikan jaringan selamat dan ini mengupayakan para individu untuk mengawal kewangan masing-masing.

Litecoin menampilkan masa pengesahan transaksi yang lebih pantas dan efisiensi storan yang dipertingkat berbanding matawang berasaskan matematik pendahulu yang lain. Dengan sokongan industri yang kuat, volum dagangan yang besar dan kecairan yang tinggi, Litecoin adalah satu medium perdagangan yang terbukti melengkapkan Bitcoin.

Litecoin direkabentuk untuk menghasilkan empat kali lebih banyak koin dari Bitcoin dan pada kadar yang lebih laju (1/4 waktu diperlukan Bitcoin). Secara keseluruhannya, Litecoin dilihat sebagai kedua selepas Bitcoin dari segi nilai, tetapi Litecoin lebih mudah didapati dan lebih mudah pula transaksinya. Ikuti Litcoin Berita

Undur

2024-05-30 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera