Margin trading

Perdagangan margin

Apa itu perdagangan margin?

Perdagangan margin bermaksud meminjam wang daripada broker untuk membeli dan menjual sekuriti. Perdagangan margin memberi anda peluang untuk memasuki pasaran dengan jumlah wang yang lebih besar daripada yang anda ada. Untuk mendapatkan wang tambahan ini anda boleh menggunakan leveraj.

Perdagangan margin meningkatkan jumlah dana yang anda ada. Jadi, jika urusniaga perdagangan anda menguntungkan, anda akan memperolehi lebih banyak pendapatan. Walau bagaimanapun, jika anda rugi, kerugian anda juga akan meningkat. Dan risiko untuk menerima panggilan margin dengan stop out akan meningkat dengan ketara.

Bagaimana perdagangan margin berfungsi?

Anda boleh berdagang menggunakan margin apabila anda tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk dagangkan keseluruhan volum yang diperlukan. Untuk melakukannya, anda membuka akaun margin yang berasingan dengan broker anda dan membuat deposit awal yang dipanggil margin minimum. Margin minimum ini berfungsi sebagai kusyen jika posisi anda ditutup tidak seperti yang dirancang. Dalam erti kata lain, margin ialah ekuiti yang dimiliki oleh pelabur di akaun broker mereka. Ekuiti ini digunakan sebagai cagaran untuk perdagangan yang menggunakan modal yang lebih besar.

Apabila akaun margin sudah anda setup sepenuhnya, anda boleh mula berdagang dan meminjam wang daripada broker anda. Namun, penting untuk difahami bahawa anda tidak boleh meminta sebarang jumlah yang anda mahu. Ada had bagi jumlah wang yang anda boleh pinjam untuk setiap posisi, jadi anda perlu membayar sehingga 50% daripada harga saham pilihan anda dengan wang dari akaun margin anda. Ini bermakna bahawa anda sebenarnya boleh membeli saham dua kali ganda lebih banyak daripada yang anda mampu bila menggunakan hanya wang anda sendiri sahaja.

Kemudian, apabila anda akhirnya menutup posisi yang anda buka di akaun margin anda tadi, anda membayar balik jumlah yang anda pinjam daripada broker anda, termasuk faedah.

Apakah itu "maintenance requirement" dan margin call (panggilan margin)?

Seperti yang boleh dijangka, perdagangan margin mempunyai beberapa syarat khas yang mesti dipenuhi oleh semua pedagang untuk membolehkan mereka menggunakan akaun margin mereka. Salah satu daripada syarat tersebut dipanggil maintenance margin (margin penyelenggaraan). Margin penyelenggaraan adalah amaun minimum ekuiti yang anda perlu ada di dalam akaun margin anda selepas membeli saham. Setiap broker menetapkan amaun margin penyelenggaraan yang berbeza, tetapi amaun minimum lazimnya sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah nilai saham yang sedang didagangkan dengan akaun margin.

Tetapi jika nilai saham jatuh di bawah margin penyelenggaraan, anda akan menerima margin call (panggilan margin). Panggilan margin adalah amaran yang broker berikan kepada anda apabila ekuiti akaun jatuh ke paras tertentu. Apa yang perlu dilakukan selepas panggilan margin? Sama ada anda tutup pesanan yang rugi atau tambah wang ke akaun anda.

Dan jika anda tidak berbuat demikian dan ekuiti akaun anda semakin berkurangan, anda akan dikenakan stop out. Stop out adalah episod terakhir untuk suatu urusniaga yang kerugian bila mana ia akan ditutup kerana ekuiti akaun anda jatuh ke paras yang terendah yang dibenarkan. Dalam kes ini, posisi anda akan ditutup secara automatik sehingga amaun margin penyelenggaraan anda kembali ke satu tahap yang berdaya maju.

Risiko lain perdagangan margin

Dari satu pespektif, perdagangan margin adalah peluang yang baik untuk mendapatkan lebih banyak wang apabila anda tidak mempunyai wang sendiri yang mencukupi untuk berdagang. Sebaliknya, perdagangan margin boleh berubah menjadi pengalaman buruk jika harga saham pilihan anda bergerak ke arah yang tidak menguntungkan untuk anda. Oleh itu, anda menanggung yang risiko besar untuk bukan sahaja kehilangan wang anda, tetapi juga berhutang dalam amaun yang besar dengan broker anda.

Selain itu, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, broker anda boleh menutup posisi anda dan menjual saham anda tanpa berunding dengan anda jika margin penyelenggaraan anda jatuh di bawah jumlah yang diperlukan. Selain itu, anda juga mungkin perlu membayar faedah bagi posisi anda yang tidak lagi didagangkan.

Contoh membeli dengan margin

Katakanlah anda mempunyai $5,000, tetapi anda ingin membeli saham bernilai $ 10,000, jadi anda membuka akaun margin. Broker anda meminjamkan anda $5,000 lagi, dan kini anda boleh membeli dua kali lebih banyak saham berbanding bila anda hanya ada wang anda sahaja. Jika harga saham anda naik, anda boleh menjualnya dan menikmati keuntungan yang lumayan selepas membayar balik wang yang anda pinjam daripada broker anda.

Tetapi jika harganya turun dan saham anda mula didagangkan dengan nilai $7,000, margin penyelenggaraan anda akan tinggal $2,000 selepas ditolak jumlah yang dipinjam daripada broker. Baki yang tinggal kurang daripada syarat minimum untuk margin penyelenggaraan (sekurang-kurangnya $ 2,500), jadi anda kini akan menerima panggilan margin untuk $500 yang anda mesti masukkan ke dalam akaun margin anda untuk mengelakkan posisi anda ditutup secara automatik.

Undur

2022-08-24 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera