Partner

Rakaniaga (IB)

Siapakah itu Rakaniaga?

Hari ini setiap broker bersaing untuk mewujudkan syarat-syarat yang paling baik untuk menjalin kerjasama dengan pedagang dan meningkatkan kesedaran jenama. Untuk tujuan ini, dibangunkanlah program kerjasama perniagaan, atau dikenali juga sebagai program rakaniaga.

Rakaniaga ialah orang yang menyebarkan berita tentang syarikat, sekali gus mewakili syarikat. Faedah untuk Rakaniaga ialah syarat-syarat khas yang membolehkan mereka menambah pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka. Ia adalah kerjasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu Rakaniaga dan juga syarikat. Untuk tujuan ini, FBS menawarkan program Introducing Broker (IB).

Apakah itu Program IB FBS?

Prinsip Program Rakaniaga FBS jelas dan tidak berselindung. Selepas mendaftar sebagai Rakaniaga di laman web FBS, anda menawarkan pelanggan anda untuk menyertai FBS melalui satu pautan referral unik. Setiap pelanggan FBS baharu yang mengikut pautan tersebut akan dikaitkan secara automatik kepada anda. Dengan cara ini, anda menjadi wakil FBS di rantau anda dan mempromosikan syarikat itu.

Dengan menarik orang baharu, anda menerima bayaran setiap hari sebagai komisen daripada urusniaga perdagangan mereka. Tidak kira apa jua tahap pendapatan dan pengalaman seorang pedagang, Program IB FBS terbuka kepada sesiapa sahaja.

Apakah itu komisen IB?

Sebagai Rakaniaga, anda boleh meraih komisen IB daripada setiap akaun Sebenar yang didaftarkan menerusi pautan referral anda atau yang disambungkan secara manual menggunakan ID Rakaniaga anda. Komisen IB bergantung pada Gred anda, bilangan urusniaga yang dibuat oleh pelanggan anda, dan spread instrumen perdagangan. Ketahui instrumen yang membawakan komisen yang tertinggi di FBS.

Gred anda, yang menentukan peratusan yang anda akan terima daripada spread, dikira semula setiap bulan. Ia bergantung pada komisen purata yang diraih sepanjang 3 bulan terakhir serta bonus pengalaman. Sebagai tanda penghargaan untuk kesetiaan anda, bonus pengalaman dikira dengan membahagikan komisen anda sepanjang 3 tahun dengan 100. Pengiraan tiga tahun ini bermula dari bulan kedua sebelum bulan semasa.

Mengapa anda harus menjadi seorang Rakaniaga FBS

Sebab yang paling jelas ialah Program IB FBS adalah sumber pendapatan tambahan untuk Rakaniaga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi faedah dan peluang untuk anda melaksanakan perniagaan anda dengan cara yang paling mudah.

  • Jejak rangkaian anda dengan mudah.
  • Dapatkan akses percuma kepada alat pengiklanan yang berharga.
  • Tingkatkan bilangan pelanggan dan dengan itu pendapatan anda dengan statistik yang terperinci.
  • Galakkan pelanggan anda untuk mendaftar dengan berkongsi seperatusan dari komisen anda dengan mereka.
  • Gunakan perkhidmatan Pengurus Peribadi yang tersedia pada bila-bila masa.
  • Jejaki keuntungan daripada komisen anda dengan kalkulator komisen Rakaniaga.

Bagaimanakah cara untuk menjadi Rakaniaga FBS

Menjadi IB adalah mudah dan tidak akan mengambil banyak masa. Hanya ikut cara-cara berikut:

  1. Buka akaun Rakaniaga FBS.

    Jadi Rakaniaga

  2. Log masuk ke Laman Peribadi anda, pergi ke Laman Rakaniaga dan jana pautan referral unik anda.
  3. Promosikan pautan anda dalam apa jua cara yang anda rasa sesuai dengan menggunakan bahan pengiklanan percuma yang disediakan oleh FBS.
  4. Terima keuntungan daripada urusniaga perdagangan pelanggan anda!

Cara-cara mendapatkan pautan referral Rakaniaga

Anda boleh jana pautan referral di Laman Peribadi. Berikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  • Buka tab Pautan Referral di dalam Laman Rakaniaga.

1_Partner_IB_MS.jpg

  • Pilih produk, bahasa, kategori dan halaman yang pelanggan akan ditunjukkan kepada pelanggan apabila mereka mengklik pautan tersebut. 

2_Partner_IB_MS.jpg

  • Klik pada butang Cipta Pautan untuk menjana pautan.

Undur

2023-11-14 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah yang mempengaruhi pendapatan seseorang Rakaniaga?

    Pendapatan anda sebagai seorang Rakaniaga bergantung pada Gred anda, bilangan urusniaga yang telah dibuat oleh pelanggan anda, dan spread instrumen perdagangan. Anda boleh semak di Laman Peribadi instrumen-instrumen FBS yang manakah yang menawarkan komisen yang tertinggi.

  • Bagaimanakah komisen Rakaniaga dikira?

    Komisen Rakaniaga dikira sebagai peratusan daripada spread untuk setiap urusniaga yang dibuat oleh pelanggan rakaniaga tersebut. Bergantung pada Gred anda, anda boleh meraih sehingga 43% daripada spread pelanggan.

  • Bilakah pembayaran Rakaniaga dikreditkan?

    Sebaik sahaja pelanggan anda menutup urusniaga perdagangan, pembayaran Rakaniaga anda akan dikreditkan pada hari berikutnya.

  • Bagaimana boleh saya tingkatkan kemajuan saya sebagai Rakaniaga?

    Anda boleh menjejaki kejayaan anda di Dashboard Rakaniaga yang menunjukkan bilangan pelanggan aktif, lot sudah didagangkan, pusing ganti (turnover), dan total bilangan pelanggan untuk tempoh yang dipilih. Gunakan statistik ini dan bahan pengiklanan percuma untuk menarik pelanggan baharu dan dengan itu meningkatkan kemajuan dan keuntungan anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera