Stock

Saham

Di pasaran, setiap sesuatu ada harganya. Apabila suatu syarikat disenaraikan sebagai syarikat awam, pasaran akan menentukan berapa harganya. Untuk ini berlaku, syarikat akan membahagi-bahagikan pemilikannya kepada sejumlah bahagian tertentu dan menawarkan kepada orang ramai untuk membelinya. Bahagian-bahagian ini dipanggil saham, sementara keseluruhan saham tersebut dipanggil stok syarikat.

Oleh itu, berdagang saham atau stok bermaksud memperdagangkan sebahagian daripada pemilikan syarikat. Saham boleh bertukar pemilik dengan cara yang sama seperti matawang atau komoditi. Di samping itu, mereka mempunyai ciri istimewa tertentu yang menjadikannya lebih menarik sebagai satu bentuk pelaburan.

Saham menawarkan pemiliknya hak bersuara berkenaan hala tuju pengurusan syarikat secara umum. Ia masuk akal kerana pemilik syarikat memutuskan apa yang berlaku pada syarikat itu. Sekiranya syarikat mempunyai ramai pemilik, mereka semua berhak mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan, dan hak setiap dari mereka berkadaran dengan saiz pemilikan masing-masing di dalam syarikat.

Memiliki saham suatu syarikat juga memberi hak kepada pemegang saham untuk menerima sebahagian daripada keuntungan tahunan syarikat tersebut. Ini juga masuk akal, kerana memiliki sebahagian dari modal syarikat didasari oleh matlamat untuk memperoleh pulangan dari pelaburan tersebut. Selagi syarikat berprestasi dengan baik, ia akan membawa keuntungan tetap kepada pemilik atau pemegang sahamnya. Keuntungan ini kemudian akan diagihkan di antara sesama mereka, sekali lagi, berkadaran dengan pegangan saham masing-masing.

Undur

2022-12-12 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera