Stock Split

Pemecahan Saham

Apakah itu pemecahan saham (stock split)?

Berikut ialah definisi pemecahan saham. Ia adalah keadaan apabila syarikat memutuskan untuk meningkatkan bilangan unit saham dan menurunkan harga saham secara serentak. Pemecahan dilakukan dengan nisbah tertentu yang biasanya sudah ditentukan oleh syarikat dan diumumkan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan syarikat XYZ dengan harga $100 sesaham, yang mengalami pemecahan 4:1. Dalam kes ini, anda sebagai pelabur beralih daripada mempunyai satu saham yang berharga $100 kepada empat saham yang berharga $25 setiap satu. Ambil perhatian bahawa nilai keseluruhan saham yang anda ada tidak berubah. Hujung-hujungnya, anda masih mempunyai saham bernilai $100 — cuma ia kini empat unit, bukannya satu.

Banyak syarikat yang terkenal telah melakukan pemecahan saham, contohnya, Tesla (pecahan saham 5:1), Apple (pecahan saham 4:1), dan Nvidia (pecahan saham 4:1). Pada 2022, Amazon merancang untuk memecahkan sahamnya dengan nisbah 20:1.

Mengapa syarikat melakukan pemecahan saham

Jadi mengapa pecahkan saham? Setiap syarikat mempunyai sebab mengapa mereka melakukannya. Pertama sekali, pecahan saham boleh meningkatkan kecairan perdagangan. Apabila harga saham syarikat menjadi sangat tinggi, tidak ramai pelabur yang tertarik kepadanya. Pemecahan saham membantu menjadikan saham tampak lebih mampu milik dan menggalakkan pelabur baharu membeli saham tersebut.

Kedua, syarikat mungkin ingin menukar harga sesaham apabila terdapat potensi pertumbuhan di masa hadapan. Supaya selepas pemecahan, pertumbuhan tidak akan berhenti tetapi akan berlaku dengan kadar yang lebih pantas.

Bilakah syarikat memecahkan saham?

Pemecahan saham mungkin bermakna bahawa firma sedang berkembang dan berjaya dan harga sahamnya telah meningkat. Dalam sesetengah kes, pemecahan saham dilakukan dengan niat untuk meningkatkan harga saham lebih tinggi lagi. Juga, seperti yang kami nyatakan sebelum ini, pemecahan saham ialah satu cara untuk meningkatkan kecairan saham apabila syarikat ingin menarik pelabur baharu.

Satu lagi perkara yang perlu anda ketahui ialah pencantuman saham (reverse stock split). Dalam kes ini, syarikat mengurangkan bilangan unit saham dan meningkatkan harga saham. Sebagai contoh, anda memiliki sepuluh unit saham, $10 setiap satu. Sebuah syarikat melakukan pencantuman saham dengan nisbah 1:10, dan kini anda hanya mempunyai satu unit saham dengan harga $100.

Tidak seperti pemecahan saham, pencantuman saham boleh dianggap sebagai petanda tidak baik dan malah boleh mencetuskan penjualan sekuriti tersebut. Terdapat pendapat bahawa ia adalah petanda syarikat tidak berfungsi dengan baik. Jadi, dalam kes ini, jika anda belum menjadi pelabur dalam syarikat ini, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum membeli saham tersebut.

Jika anda masih mahu membeli saham itu, adalah baik untuk menganalisis terlebih dahulu niat di sebalik pencantuman saham bagi syarikat ini. Dan ingat tentang carta: jejak harga untuk penyongsangan arah.

Bagaimanakah kesan pemecahan ke atas saham yang anda miliki?

Perkara pertama yang harus kita katakan ialah hampir tiada apa yang akan berubah. Tiada perubahan pada permodalan pasaran bagi syarikat yang sahamnya anda miliki. Anda, sebagai pelabur, akan berada dalam kedudukan yang sama seperti dahulu.

Dalam erti kata lain, anda hanya akan memiliki lebih banyak unit saham daripada sebelumnya (namun ambil maklum tentang perubahan harga saham). Setiap bahagian secara individu akan mewakili peratusan pemilikan yang lebih kecil, tetapi peratusan pemilikan keseluruhan adalah sama.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan menyaksikan peningkatan pada harga saham selepas ia dipecahkan. Biasanya, dalam kes sebegini, seluruh perhatian masyarakat awam tertumpu ke saham tersebut, dan selepas ia dipecahkan, lebih ramai orang mahu mendagangkannya jadi harganya boleh naik. Walau bagaimanapun, ingat bahawa ia bergantung pada banyak faktor lain, jadi mustahil untuk mengatakannya secara pasti.

Undur

2022-09-02 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera