Financial Risk

Risiko Kewangan

Apakah itu risiko kewangan?

Risiko kewangan adalah risiko kemungkinan suatu syarikat tidak dapat membayar balik semua wang yang ia pinjam kepada pemiutangnya. Jadi, para pelabur akan kehilangan semua wang yang mereka laburkan. Lebih besar hutang syarikat tersebut, lebih tinggi risiko kewangan tidak dapat memenuhi tanggungannya.

Mana-mana orang, yang bergiat dalam pelaburan dan perdagangan, harus sedar tentang risiko yang boleh terjadi. Syarikat-syarikat terdedah kepada risiko ini. Kesan dari risiko kewangan yang dikaitkan dengan keputusan kewangan syarikat tidak terhad kepada kerugian kewangan sahaja, tetapi juga kebankrapan perniagaan.

Risiko kewangan perlu diambil kira semasa membuat keputusan sama ada untuk melabur dalam perniagaan tertentu atau tidak. Ada beberapa alat yang tersedia untuk menentukan betapa berisikonya pelaburan dalam syarikat tertentu:

  1. Analisis fundamental adalah cara untuk mengira nilai syarikat dengan menganalisis semua aspek secara umum, seperti perolehan, aset dan lain-lain.
  2. Analisis teknikal ialah analisis harga saham syarikat dan volum perdagangan.
  3. Analisis kuantitatif ialah cara mentakrifkan risiko tertentu dengan menggunakan matematik dan statistik.

Apakah jenis-jenis risiko kewangan yang ada?

Risiko kredit Rakan niaga tidak dapat membayar balik hutang-hutangnya
Risiko kecairan Aliran wang syarikat yang lemah
Risiko matawang Syarikat terkesan dengan perubahan matawang
Risiko pelaburan asing Aset luar negara boleh berada dalam bahaya
Risiko aset Nilai aset syarikat boleh jatuh

Jenis-jenis risiko yang berbeza boleh memberikan kesan yang berbeza kepada syarikat yang dipersoalkan. Jadi, jika ianya mustahil untuk menghapuskan risiko dengan sepenuhnya, sekurang-kurangnya cuba untuk meminimumkannya.

Analisis risiko kewangan adalah sebahagian daripada analisis situasi kewangan syarikat yang sahamnya ingin didagangkan. Semakin stabil kewangan suatu syarikat, semakin besar kemungkinan harga sahamnya akan meningkat dalam jangka masa panjang.

Semak cara berdagang saham di FBS.

Risiko kewangan VS Risiko perniagaan

Kedua-dua risiko kewangan dan risiko perniagaan adalah faktor utama dalam membuat pelaburan, namun risiko kewangan adalah tentang keupayaan syarikat untuk mengurus leveraj dan hutangnya, manakala risiko perniagaan adalah mengenai keupayaan syarikat untuk memperoleh keuntungan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasinya.

Dalam erti kata lain, risiko kewangan ialah cara syarikat menangani pembayaran yang perlu dibuat, dan risiko perniagaan ialah cara perusahaan berfungsi sebagai organisasi yang menjana keuntungan.

Undur

2022-12-07 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera