-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Bonds
Bon
Bon
Bon adalah kelas aset di mana pelabur meminjamkan wang kepada kerajaan atau perniagaan untuk suatu jangka waktu yang ditetapkan, dengan janji bahawa wang tersebut akan dibayar semula berserta dengan faedah. Bond sering dirujuk sebagai sekuriti yang memberikan pulangan tetap dan salah satu dari tiga aset yang paling utama, bersama dengan saham dan tunai. Tidak seperti saham, iaitu pembelian pegangan milikan di dalam sesebuah syarikat, bon adalah obiligasi hutang suatu entiti awam atau perniagaan.
Ada empat kategori asas pengeluar bon di pasaran:
- Bon korporat. Dalam kebanyakan keadaan, syarikat-syarikat lebih cenderung menerbitkan bon daripada meminta pinjaman bank untuk pembiayaan hutang kerana pasaran bon menawarkan syarat yang lebih baik dan kadar faedah yang lebih rendah.
- Bon perbandaran. Bon jenis ini diterbitkan oleh pemerintah negeri dan kerajaan tempatan dan membiayai projek-projek awam seperti taman, perpustakaan, jambatan & jalan, dan infrastruktur lain.
- Bon kerajaan. Ini adalah sekuriti hutang yang diterbitkan oleh pemerintah untuk mengumpulkan wang bagi membiayai projek atau operasi sehari-hari. Bon kerajaan dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah kerana dijamin oleh kerajaan.
- Bon agensi. Bon ini diterbitkan oleh organisasi yang berkaitan dengan kerjaaan seperti Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) atau General Services Administration.
2022-12-12 • Dikemaskini