Brent

Brent

Apakah itu minyak mentah Brent?

Minyak mentah Brent adalah nama yang digunakan untuk minyak mentah yang diekstrak dari sembilan belas medan minyak di wilayah Laut Utara. Sebatian ini terdiri membentuk separuh daripada pasaran minyak dunia. Ia digunakan sebagai salah satu daripada tiga penanda aras utama untuk harga minyak mentah di peringkat antarabangsa - dua lagi ialah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Utara dan Dubai Crude dari Teluk Parsi.

Sejarah sebatian Brent

Pada mulanya, minyak ditemui di Laut Utara pada tahun 1859. Walau bagaimanapun, penerokaan komersial bidang itu bermula pada pertengahan 1960-an, dan ia menjadi lebih intensif pada dekad seterusnya. Ironinya, ini berlaku sebelum krisis minyak OPEC yang masyhur itu.

Sebatian minyak baru ini terbukti berkualiti tinggi. Mengambil kira senario krisis minyak yang disebutkan di atas dan kestabilan serantau keseluruhan, kos pengeluarannya mampu menghasilkan keuntungan.

Apakah Kegunaan Minyak Mentah Brent?

Sebatian Brent dianggap ringan dan manis (light and sweet). Dalam industri minyak, ini bermakna ia tidak terlalu padat dan rendah kandungan sulfur.

Kualiti ini menjadikan sebatian ini pilihan yang sempurna untuk pengeluaran bahan api diesel dan petrol. Ini adalah campuran minyak yang sangat berpengaruh yang mempengaruhi harga minyak antarabangsa dan hampir separuh daripada minyak mentah yang didagangkan di dunia, malah lebih daripada West Texas Intermediate (WTI).

Apakah Perbezaan Antara Brent dan WTI?

Minyak mentah Brent digunakan sebagai penanda aras untuk beberapa wilayah di seluruh dunia, termasuk Eropah, Afrika dan Timur Tengah. Campuran WTI buatan Amerika hanyalah penanda aras di pasaran minyak ringan AS sahaja. Negara-negara lain menggunakan kedua-dua sebatian untuk menilai minyak mentah mereka.

Walau bagaimanapun, WTI lebih murah kerana faktor teknologi. Akhirnya, Brent dianggap lebih terdedah daripada WTI, yang kurang terjejas akibat ketidakpastian geopolitik.

Indeks Brent

Pelabur menggunakan indeks Brent untuk perdagangan komoditi berkaitan sebatian minyak mentah. Ia menunjukkan harga purata perdagangan 600k tong di pasaran BFOE 25 hari. Indeks ini dikira menggunakan elemen-elemen berikut:

  • purata berwajaran urusniaga kargo pasaran BFOE untuk bulan pertama;
  • purata berwajaran urusniaga kargo pasaran BFOE untuk bulan kedua dengan penambahan atau penolakan purata lurus tidak berwajaran perbezaan antara urusniaga kargo bulan pertama dan kedua.
  • purata lurus tidak berwajaran 'penilaian yang telah ditandakan' (designated assessments) yang diterbitkan secara rasmi.

Kesimpulan

Laporan berita Brent sangat mempengaruhi harga minyak antarabangsa kerana ia salah satu sebatian minyak mentah yang terpenting di dunia. Bagaimanapun, pada masa yang sama, sebatian itu terdedah kepada krisis politik dan nampaknya kehilangan penguasaannya sedikit demi sedikit, kerana rizab Laut Utara semakin berkurangan dan pengeluaran minyak mentah AS semakin meningkat.

Undur

2023-04-04 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu minyak mentah?

    Minyak mentah adalah komoditi utama sektor tenaga. Ia lebih dari sekadar sumber yang memberikan kita petrol, diesel, dan komponen-komponen kimia lain – ia adalah aset geopolitik. Inilah sebabnya mengapa harga turun naik dengan banyak justeru dari sebilangan faktor, dan ini boleh memberikan banyak peluang pelaburan dan perdagangan. Anda boleh dagangkan dua jenis minyak mentah di FBS: WTI dan Brent.

  • Bagaimana cara dagangkan minyak mentah?

    Secara teknikalnya, anda dagangkan minyak dengan cara yang sama seperti aset-aset lain. Seara asasnya, anda perlu memahami pendorong pasaran minyak. Pertama, ia adalah permintaan global terhadap minyak. Mesyuarat OPEC memberikan anda gambaran tentang perkara ini jadi anda hanya perlu mengikuti pengumuman kartel tersebut. Kedua, permainan geopolitik – sukar untuk anda terlepas dari mengikuti perkembangan ini kerana peristiwa politik seperti perselisihan di antara Rusia dan Arab Saudi atau minyak syal AS dilaporkan secara meluas di media. Manakala untuk sentimen pasaran, analisis teknikal juga boleh digunakan di sini.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera