-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Bull
Bull
Istilah ini boleh merujuk sama ada pada pasaran atau pada tingkah laku pedagang. Ia berasal dari bull (lembu jantan) sebenar yang menyerang dengan merodok tanduknya ke atas dan ini menjadi metafora tindakan menolak harga lebih tinggi.
Bulls adalah pedagang-pedagang yang optimis tentang harga suatu aset dan percaya dengan arah pergerakan ke atasnya. Mereka biasanya membuka posisi long dengan niat hendak menjual di harga puncak. Bila harga meningkat, pasaran menjadi bullish. Meramalkan bila ini akan berlaku hampir mustahil, jadi biasanya ia diisytihar sebagai trend bila ia sudah mulai terbentuk.
Keyakinan di kalangan pedagang meningkat; orang ramai mula melabur dengan lebih banyak dan mengambil risiko yang lebih tinggi. Ia terjadi akibat dari ekonomi yang kuat atau sedang menguat. Malangnya, sukar untuk meramalkan kemungkinan ia mulai berubah menjadi pasaran yang bearish. Anda harus sentiasa memantau berita-berita global: kemungkinan berlakunya perang dagang, kecelaruan politik, ketegangan sosial. Semua ini boleh memberi petunjuk kemungkinan terjadi trend yang bearish.
Awas dengan perangkap bull (bull trap) yang biasanya dicipta oleh para pedagang saham dan komoditi bila mereka membeli aset dalam jumlah yang besar untuk mengacah pergerakan ke atas. Bila sudah terjebak dengan perangkap bull, para pedaang membeli saham pada harga yang tinggi dengan harapan mereka akan melihat ia meningkat tidak lama lagi. Namun, biasanya pasaran sama ada jatuh atau kekal di aras yang sama.
Gunakan osilator Bulls/Bears Power dan indikator Purata Bergerak Eksponen (EMA) untuk mengenal pasti titik masuk/keluar untuk pasaran yang bullish.
2024-05-21 • Dikemaskini