COCA-COLA

COCA-COLA

The Coca-Cola Company adalah syarikat minuman Amerika yang menyediakan pembuatan, peruncitan, serta pemasaran pati dan sirap minuman tanpa alkohol. Syarikat ini mengeluarkan Coca-Cola yang terkenal di seluruh dunia, yang dicipta pada tahun 1886 oleh ahli farmasi John Stith Pemberton. Pada tahun 1889, formula dan jenama tersebut dijual dengan harga $2,300 (kira-kira $68,000 dalam nilai wang tahun 2021) kepada Asa Griggs Candler, yang menubuhkan The Coca-Cola Company di Atlanta pada tahun 1892. Anda boleh tinjau apa yang sedang berlaku pada harga Coca-Cola sekarang dengan melihat carta saham Coca-Cola.

Mungkin anda tidak tahu: Syarikat Coca-Cola juga bertanggungjawab di atas ciptaan jenama seperti Sprite, Fanta, Schweppes, Fuze Tea, dan puluhan jenama lain. Ia mempunyai permodalan pasaran bernilai lebih dari $235 bilion, di mana pengguna meminum lebih dari 1.8 bilion hidangan minuman syarikat ini setiap hari. Lebih-lebih lagi jika kita kenang kembali bagaimana Coca-Cola pernah dijual secara percuma! Syarikat itu pernah mengalami masalah selama beberapa tahun, sehinggakan Asa Griggs Candler, pengasas syarikat itu, meminta wakil penjualan untuk mengagihkan kupon secara percuma. Setelah orang ramai mencuba dan mula menyukainya, syarikat itu terus menaikkan harganya, setelah itu harganya 5 sen per cawan.

Bagaimana cara berdagang saham dalam talian dengan FBS?

Anda boleh memperdagangkan kontrak dengan perbezaan (CFD) saham Coca-Cola. CFD mencerminkan pergerakan harga saham COCA-COLA. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda. Pastikan anda baca dan fahami artikel Cara Memilih Saham!

Apa yang mendorong harga saham COCA-COLA?

Coca-Cola Co adalah salah satu bangsawan dividen. Bangsawan Dividen adalah anggota indeks S&P 500 yang telah meningkatkan pembayaran dividen mereka selama 25 tahun berturut-turut atau lebih. Dalam kes Coca-Cola, syarikat ini memberikan hasil dividend sebanyak 2.9% pada tahun 2021. Dengan setiap saham anda akan mendapat sebanyak $1.68 setahun (sehingga Coca-Cola mengubah kadar dividen sekali lagi). Ketahui cara mendapatkan dividen dari saham dan berdagang dengan jurang dividen! Agar tidak ketinggalan dividen COCA-COLA seterusnya, pastikan anda meninjaukalendar dividen kami.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi harga saham Coca-Cola adalah (tentu saja) laporan perolehan. Coca-Cola melaporkan pendapatan Suku Kedua Jun 2021 sebanyak $0.68 sesaham di atas hasil $10.1 bilion. Anggaran pendapatan konsensus adalah $0.57 per saham di atas hasil $9.3 bilion. Harga menunjukkan reaksi bullish yang kuat pada hari itu, tetapi sehari selepas itu semuanya kembali normal. Ia kerana Coca-Cola adalah syarikat yang sangat mantap dengan kemeruapan dan risiko yang rendah. Itulah sebabnya mengapa pelabur menyukainya.

4.jpg

Undur

2023-07-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera