Drawdown in trading

Drawdown dalam perdagangan

Apakah itu drawdown dalam perdagangan?

Drawdown dalam perdagangan adalah penurunan daripada puncak ke minimum dalam satu tempoh tertentu. Ia kebiasaanya dinyatakan dalam bentuk peratusan, tetapi terma dolar juga boleh digunakan sekiranya sesuai kepada pedagang tertentu. Sekiranya terdapat $10,000 di dalam akaun perdagangan dan dana tersebut berkurangan ke $9,000 sebelum melonjak kembali melebihi $10,000, jadi akaun perdagangan tersebut mengalami 10% drawdown.

Drawdown merujuk kepada berapa banyakkah amaun pelaburan atau akaun perdagangan yang berkurangan daripada puncak sebelum ia kembali ke puncak semula. Drawdown adalah pengukur kemeruapan penurunan.

Pengetahuan mengenai nilai drawdown adalah kritikal untuk kita mengurus pasaran yang bergolak, mengukur kemeruapan dan risiko yang wujud yang berkaitan dengan pelaburan anda. Apabila nilai pelaburan jatuh di bawah paras tertinggi dan kemudian melepasi semula puncak tertinggi yang dilihat semasa tempoh pelaburan, drawdown telah direkodkan. Lebih lama nilai sesebuah aset itu berada di bawah puncak terakhirnya, besar kemungkinan ia akan mempunyai bottom yang lebih rendah, yang mana akan meningkatkan kemungkinan drawdown.

Apabila menilai drawdown, para pedagang juga haruslah mengambil kira tempoh yang diambil untuk drawdown itu pulih.

Drawdown dan kerugian bukanlah satu perkara yang sama. Kebanyakan pedagang melihat drawdown sebagai indikator puncak ke palung, manakala kerugian biasanya merujuk kepada harga belian berbanding harga semasa atau harga keluar.

Apakah perbezaan di antara drawdown perdagangan dan drawdown perbankan?

Drawdown diaplikasikan pada pelaburan/perdagangan dan perbankan. Dalam perdagangan atau pelaburan, drawdown adalah dirujuk kepada pengurangan ekuiti. Secara asasnya, ia adalah perbezaan di antara nilai puncak dana yang telah dicapai oleh akaun anda dan paras terendah dana yang dicapai dalam satu tempoh tertentu. Dalam dunia perbankan, drawdown bermakna akses beransur-ansur kepada sebahagian atau akhirnya semua saluran kredit. Dalam pelaburan pula, drawdown akan menentukan paras risiko anda, manakala dalam perbankan, drawdown menentukan paras liabiliti anda.

Mengapakah drawdown penting dalam pelaburan?

Pengurusan risiko adalah faktor utama dalam pelaburan atau perdagangan. Apabila membina satu strategi, para pedagang akan melihat kepada strategi yang akan memberikan mereka kelebihan dalam pasaran. Strategi yang mempunyai 80% kejayaan tidak bermaksud 8 daripada 10 urusniaga adalah menguntungkan. Malangnya akan hadir satu masa di mana berlakunya kerugian yang berterusan. Di sinilah drawdown memainkan peranannya. Drawdown adalah bahagian penting dalam mana-mana aktiviti perdagangan dan sebarang pelan pengurusan risiko harus memperincikan cara menanganinya dengan berkesan supaya tidak menjejaskan portfolio.

Undur

2022-06-10 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera