-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Investment
Pelaburan
Istilah "pelaburan" bermaksud aset yang dipegang oleh pelabur untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan. Dalam kewangan, pelaburan adalah aset monetari, yang dibeli dengan rancangan untuk memberikan pendapatan di masa depan atau dijual kemudian dengan harga yang lebih tinggi. Dalam pengertian yang paling umum, proses pelaburan melibatkan memperuntukkan dana untuk dikerjakan bagi menjana pendapatan dan meningkatkan nilainya dari masa ke masa. Proses ini merangkumi membeli bon, saham, menyimpan wang di bank dengan kadar faedah tertentu, dan meletakkan wang di pasaran matawang.
Institusi utama yang membantu seseorang atau suatu entiti memulakan pelaburan adalah bank pelaburan dan broker. Bidang ikhtisas mereka adalah perdagangan dan pengurusan aset. Bank pelaburan bertanggungjawab untuk menaja jamin sekuriti hutang dan ekuiti untuk syarikat, mengambil bahagian dalam penjualan sekuriti dan mengatur urus niaga M&A. Broker adalah syarikat, yang menghubungkan individu dan pasaran. Melalui broker, seseorang boleh melabur di pasaran antara bank (Forex).
2024-05-21 • Dikemaskini