-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Liquidity
Kecairan
Kecairan adalah ukuran betapa mudahnya menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya.
Aset-aset cair adalah aset yang boleh anda jual dengan mudah dan dapatkan kembali wang anda tanpa kerugian. Aset ini mengurangkan risiko bagi pelabur kerana mereka memungkinkan anda untuk bertindak balas dengan cepat terhadap pergerakan pasaran. Contohnya, mereka boleh melabur semula pada aset lain apabila harga rendah.
Kecairan dalam perdagangan Forex
Di pasaran kewangan global, matawang secara umumnya dianggap sebagai aset paling cair. Berdasarkan kepada kecairannya, terdapat tiga kategori utama pasangan matawang dalam perdagangan Forex global: major, minor, dan matawang eksotik.
Matawang-matawang major adalah yang paling popular dan cair. Matawang major termasuklah dolar AS, pound Britain, euro, yen Jepun, dolar Australia, dolar Kanada, dan franc Switzerland.
Pasangan-pasangan matawang minor tidak melibatkan dolar AS. Pasangan-pasangan ini juga dikenali sebagai pasangan silang.
Pasangan matawang eksotik kurang kecairannya dan didagangkan dengan volum yang rendah. Sebagai contoh rand Afrika Selatan atau peso Mexico adalah matawang eksotik.
Di samping itu, ada satu petua: semakin popular dan cair suatu pasangan matawang, semakin kecil spread. Spread adalah fi yang perlu dibayar oleh pedagang kepada broker untuk akses ke pasaran matawang. Spread untuk urusniaga pasangan major Forex biasanya sangat kecil atau, dalam istilah para pedagang, tipis. Untuk pasangan minor, spreadnya lebih tinggi, dan untuk mata wang eksotik — ia yang tertinggi.
2023-11-17 • Dikemaskini