-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Long Position
Posisi Long
Ia adalah posisi pada mana anda percaya aset akan menguat, jadi anda jual ia sekarang untuk dijual semula kemudian pada harga yang lebih tinggi. Pedagang lazim menggunakan kata kerja "beli" (buy) dan "long", bagi maksud yang sama. Strategi yang melibatkan dagangan long dianggap sebagai bullish.
Dalam kes pasangan matawang, anda akan long suatu matawang asas (base currency) dan short matawang sebutharga.
Sebagai contoh, jika anda beli pasangan GBP/USD pada kadar tukaran 1.2345, itu bererti 1 pound berharga $1.2345. Jika keadaan di pasaran membuatkan anda fikir bahawa nilai GBP melawan USD akan naik, anda boleh beli sekarang dan simpan ia sehingga harga sudah naik. Bayangkan kadar tukaran naik menjadi 1.2356. Dalam keadaan ini, jika anda jual selepas peningkatan kadar, anda akan meraih 11 pip.
Harga 1 pip adalah:
0.0001 X 100,000 (saiz lot) = $10
Keuntungan anda dari 11 pip adalah:
11 X $10 = $110
Gunakan perdagangan posisi sebagai strategi utama anda hanya jika anda mempunyai pengetahuan yang luas tentang fundamental dan kemahiran menangani stres yang bagus.
2020-07-24 • Dikemaskini