Trading Password

Kata Laluan Perdagangan

Laman Peribadi FBS membolehkan anda menguruskan semua akaun dagangan anda di satu tempat. Sebaik sahaja anda membuka akaun FBS dan mencipta akaun perdagangan, anda akan menerima maklumat yang anda perlukan untuk mula berdagang menggunakan MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Jika anda masih belum mendaftar di FBS, berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara-cara membuka akaun pembrokeran dengan FBS.

Salah satu butiran yang paling penting yang perlu anda ingat ialah kata laluan MetaTrader anda untuk akaun perdagangan anda. Mari kita dalami persoalan yang paling kerap ditanya tentang kata laluan perdagangan.

Apakah itu kata laluan perdagangan?

Kata laluan perdagangan ialah kata laluan MetaTrader yang anda perlukan untuk mengakses MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Ia memberi anda kebenaran (permission) untuk membuka urusniaga baharu dan mengubah atau menutup urusniaga semasa.

1_password_MS.jpg

Mengapa kata laluan perdagangan saya ditunjukkan hanya sekali sahaja?

Kata laluan MetaTrader ditunjukkan kepada anda hanya sekali sahaja untuk menjamin keselamatan perdagangan dan transaksi anda, jadi pastikan anda menyimpannya di tempat yang selamat.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan perdagangan saya?

Jika anda terlupa kata laluan akaun perdagangan anda, anda boleh reset kata laluan tersebut di kedua-dua versi Laman Peribadi FBS, iaitu web dan mudah alih.

Bagaimana cara untuk menjana kata laluan perdagangan baharu di Laman Peribadi web?

Untuk memulihkan kata laluan di Laman Peribadi web, anda perlu log masuk dan klik pada akaun perdagangan anda di Dashboard.

2_password_MS.jpg

Di halaman akaun, anda perlu klik pada pilihan Jana kata laluan MT4 baru atau Jana kata laluan MT5 baru.

3_password_MS.jpg

Klik Sahkan pada tetingkap amaran pop-up jika anda yakin mahu menjana kata laluan perdagangan baharu.

4_password_MS.jpg

 

Kemudian anda akan ditunjukkan halaman yang memaparkan maklumat akaun perdagangan yang dikemas kini. Pastikan anda menyimpan kata laluan perdagangan baharu tersebut dan simpan di tempat yang selamat.

Bagaimana caranya untuk menjana kata laluan perdagangan baru di Laman Peribadi versi aplikasi mudah alih?

Untuk menetapkan semula kata laluan di Laman Peribadi mudah alih anda, anda perlu memilih akaun perdagangan yang berkenaan dan klik Jana kata laluan MetaTrader baharu dalam tetapan akaun.

5_password_MS.jpg

Anda juga perlu mengesahkan bahawa anda mahu menjana kata laluan baharu.

Bagaimana cara untuk mengingati kata laluan perdagangan?

Salah satu cara yang paling selamat adalah dengan menyimpan maklumat akaun perdagangan anda dalam bentuk tangkapan skrin dan menyimpannya di komputer peribadi atau peranti mudah alih anda.

Undur

2022-11-07 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera