Velocity of money

Halaju wang

Apakah itu halaju wang

Halaju wang ialah ukuran kelajuan wang bertukar tangan di dalam sesebuah ekonomi. Ia adalah bilangan berapa kali wang berpindah dari satu organisasi ke organisasi yang lain. Ia juga merujuk kepada bilangan unit matawang yang sedang digunakan dalam satu tempoh masa tertentu. Secara ringkasnya, ia ialah kadar penggunaan wang oleh pengguna dan perniagaan dalam ekonomi secara kolektif.

Halaju wang adalah penting untuk mengukur kadar di mana wang yang berada di dalam edaran digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Ahli ekonomi dan pelabur menggunakannya untuk mengukur kadar wang digunakan untuk barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi, dan untuk menilai kemantapan dan daya maju ekonomi. Kelajuan wang yang tinggi menandakan ekonomi sihat dan berkembang. Begitu juga sebaliknya, halaju wang yang perlahan menandakan kemelesetan dan pengecutan.

Halaju wang dan ekonomi

Walaupun halaju wang bukanlah indikator ekonomi yang utama, pakar boleh menjejakinya bersama-sama dengan indikator utama lain yang membantu mengukur kemantapan ekonomi, seperti KDNK, kadar pengangguran dan inflasi. KDNK dan penawaran wang adalah dua komponen formula halaju wang.

Negara yang mempunyai halaju wang yang lebih tinggi berbanding negara lain kebiasaannya lebih maju. Juga diketahui bahawa halaju peredaran wang berubah-ubah bergantung pada kitaran perniagaan. Apabila ekonomi berada di fasa pertumbuhan, pengguna dan perniagaan cenderung lebih bersedia untuk membelanjakan wang, meningkatkan halaju wang. Apabila ekonomi menguncup, pengguna dan perniagaan cenderung enggan membelanjakan wang, dan halaju wang lebih perlahan.

Memandangkan halaju wang biasanya berkorelasi dengan kitaran perniagaan, ia juga boleh terkorelasi dengan indikator-indikator utama. Oleh itu, halaju wang biasanya meningkat bersama-sama dengan KDNK dan inflasi. Begitu juga sebaliknya, ia biasanya dijangka jatuh apabila indikator ekonomi yang utama seperti KDNK dan inflasi merosot dalam ekonomi yang menguncup.

Formula halaju wang

Halaju wang digunakan pada skala yang lebih besar sebagai ukuran keaktifan transaksi penduduk seluruh negara. Secara umumnya, indikator ini boleh dilihat sebagai pusing ganti bekalan wang untuk keseluruhan ekonomi. Di samping itu, Rizab Persekutuan St. Louis menjejaki halaju wang suku tahunan menggunakan kedua-dua M1 dan M2.

Ahli ekonomi biasanya menggunakan KDNK dan M1 atau M2 untuk bekalan wang. M1 ialah ukuran bekalan wang yang merangkumi mata wang, deposit permintaan dan deposit cair lain, termasuk deposit simpanan. M2 ialah ukuran bekalan wang yang termasuk wang tunai, deposit yang boleh dicek, dan wang hampir yang mudah ditukar.

 Oleh itu, persamaan untuk halaju wang ditulis sebagai KDNK dibahagikan dengan bekalan wang.

Halaju wang = KDNK ÷ bekalan wang

KDNK biasanya digunakan sebagai pengangka formula halaju wang, walaupun keluaran negara kasar (KNK) juga boleh digunakan. KDNK ialah jumlah keseluruhan barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi yang tersedia untuk pembelian. Dalam penyebut (denominator), ahli ekonomi biasanya mentakrifkan halaju wang untuk kedua-dua M1 dan M2.

Contoh halaju wang

Mari bayangkan sebuah ekonomi yang terdiri dari hanya dua individu, A dan B. Setiap seorang mempunyai wang tunai $100. Orang A membeli sebuah kereta daripada orang B dengan harga $100. B kini mempunyai wang tunai $200. Kemudian, B membeli rumah daripada A dengan harga $100 dan B meminta bantuan A untuk membina rumah baharu, dan atas usaha mereka, B membayar A lagi $100. Orang A kini mempunyai wang tunai $200. Orang B kemudian menjual kereta A dengan harga $100 dan kedua-dua A dan B mendapat wang tunai $100. Oleh itu, kedua-dua pihak di dalam ekonomi ini membuat transaksi bernilai $400, walaupun mereka masing-masing hanya mempunyai $100.

Dalam ekonomi ini, halaju wang adalah dua. Ia adalah hasil pembahagian $400 dengan $200. Penggandaan nilai barangan dan perkhidmatan yang bertukar tangan ini dimungkinkan oleh halaju wang dalam ekonomi.

Undur

2022-09-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera