Dari Impian Memiliki Kedai Runcit Menjadi Kerja Kebajikan
Gina Juanillo, seorang wanita berusia 32 tahun dari Manila, Filipina, adalah pemenang peraduan Dreams Come True bulan Mac. Beliau mempunyai pengalaman berdagang yang minimum dan terlihat hantaran Facebook kami secara kebetulan. Tanpa sebarang ragu-ragu, beliau telah kongsikan impian beliau yang indah sekali.
Sebelum pandemik melanda, beliau mahukan sebuah kedai runcit yang kecil dan mahu mengerjakannya bersama dengan keluarga beliau. Namun wabak virus telah mengubah keutamaan beliau.
Seperti banyak negara lain di seluruh dunia, Filipina melaksanakan perintah lockdown, yang mana langkah ini telah mendatangkan kesan ekonomi yang parah, terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah. Gina tidak dapat mengabaikan ketidakadilan ini dan memutuskan untuk mengorbankan impian beliau untuk perkara-perkara yang lebih penting pada masa ini. Beliau telah meminta FBS menyediakan bekalan makanan asas kepada rakyat di kejiranan-kejiranan termiskin di Manila.
Bersama dengan pasukan FBS, beliau telah pergi ke kawasan-kawasan ini dan mengagihkan bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan. Setiap kotak mengandungi beras, mi, sardin, kopi, biskut, susu, dan barang-barang lain. Sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang singkat, 100 keluarga mempunyai bekalan untuk terus hidup.
Kini anda boleh lihat bagaimana impian yang besar boleh terlaksana, kami berharap beliau akan menjadikan impian peribadi beliau untuk memiliki kedai runcit sendiri terlaksana! Terima kasih kerana menginspirasikan Pasukan FBS dan memberikan contoh kemurahan hati dan kesanggupan untuk berkorban di zaman yang serba susah. Ayuh, teruskan lagi!