US CPI & Retail Sales
Dollar AS bergantung kepada polisi Federal Reserve, yang mana ia sendiri bergantung kepada inflasi. Inilah mengapa pasaran menganggap pengumuman perangkaan inflasi kepenggunaan Amerika (Indeks Harga Pengguna, CPI) sebagai sangat penting. Pada waktu ini, pasaran menganggarkan 90% kebarangkalian Fed akan menaikkan kadar pada mesyuarat Jun. Para juruanalisa menjangkakan petunjuk-petunjuk kembali pulih setelah mengecut di bulan Mac. CPI yang kuat akan menguatkan curiga bahawa kadar akan dinaikkan dan menyokong USD. Data yang lemah pula, akan melemahkan matawang AS.
Indeks Jualan Runcit juga adalah petunjuk keaktifan pengguna dan mempunyai impak hebat ke atas pertumbuhan ekonomi nasional, dan secara langsung nilai USD juga. Ramalan perangkaan jualan runcit juga bagus. Jika angka sebenar sejajar dengan ramalan, greenback akan positif. Angka yang lebih rendah akan mendorong pedagang melepaskan pegangan USD.