Bagaimanakah Kemenangan Sunak Mempengaruhi GBP?

Bagaimanakah Kemenangan Sunak Mempengaruhi GBP?

2022-12-15 • Dikemaskini

Apa yang sedang berlaku?

Pound British didagangkan di dalam saluran mendatar antara 1.0920 dan 1.1470 apabila Perdana Menteri Liz Truss meletak jawatan minggu lalu, meletakkan masa depan negara tersebut dalam ketidakpastian.

Truss menjadi perdana menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatannya di dalam sejarah British dengan hanya 44 hari memegang kuasa. Walau bagaimanapun, 44 hari ini sudah cukup untuk meruntuhkan pasaran bon dan menekan pound British ke salah satu paras yang terendah dalam sejarah. Sterling jatuh apabila Truss mengusulkan cadangan untuk mengurangkan cukai pendapatan. Rancangan itu bertujuan untuk membantu ekonomi UK keluar daripada krisis dan membuka negara itu kepada pelaburan antarabangsa. Walau bagaimanapun, potongan cukai itu direka untuk orang yang berpendapatan lebih tinggi, bukan untuk semua. Tambahan pula, terdapat banyak persoalan tentang bagaimana kerajaan akan membiayai projek ini. Justeru, pasaran tidak menyokong rancangan ini dan GBPUSD susut lebih daripada 9000 poin dalam masa dua hari setelah itu, manakala hasil bon 2 tahun menjunam di bawah 4%.

Keadaan berubah selepas kerajaan menggugurkan rancangan itu pada 26 September. GBPUSD melantun ke paras pra-pengumuman. Sementara itu, pasaran bon gagal pulih daripada kejutan, dan hasil bon 2 tahun telah tergelincir ke sekitar 3.4%.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

Truss mengalahkan Rishi Sunak untuk menjadi pemimpin Parti Konservatif berikutan pengunduran Boris Johnson pada 7 Julai. Pada hari Isnin, 24 Oktober, Sunak telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri UK yang baru. Sukar untuk membayangkan beliau akan mengulangi langkah berisiko mengenai dasar monetari dan fiskal negara kerana ia akan segera menamatkan kariernya. Pada masa ini, PM baru mempunyai dua matlamat utama yang harus dicapai:

  • Kembalikan kepercayaan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi UK.
  • Memperlahankan kadar pertumbuhan inflasi.

Pada 3 November, Bank of England akan memutuskan sama ada ia akan menaikkan kadar utama sebanyak 50 atau 75 mata asas. Pada pandangan kami, Perdana Menteri baharu akan mengambil langkah yang tegas terhadap inflasi pada hari pertama beliau. Oleh itu, kami percaya bahawa Bank of England, walaupun ia secara rasminya bebas, akan memilih senario yang lebih hawkish untuk kadar utama, mengukuhkan GBP berbanding matawang lain yang lebih lemah, terutamanya JPY.

Namun, GBP mungkin kekal lemah berbanding dolar AS kerana kadar utama di Great Britain kekal jauh di bawah kadar AS, manakala inflasi mengatasi, dan krisis tenaga terus berlanjutan.

Analisis teknikal

GBPJPY, carta H4

GBPJPYH4.png

GBPJPY kekal di dalam uptrend yang kuat walaupun terdapat campur tangan pasaran Forex daripada Bank Jepun. Kami menganggap setiap pullback sebagai peluang untuk membeli selagi mana harga kekal di atas julat sokongan 167.00 – 167.60. Aras 171.50 kelihatan seperti sasaran jangka pendek yang bagus untuk pasangan ini, terutamanya selepas penembusan ke atas melepasi 170.00.

Bercakap tentang jangka masa sederhana, kami menjangkakan pasangan ini akan mencapai 176.50 jika Bank Jepun tidak menerapkan sebarang perubahan fundamental dalam dasar monetarinya.

GBPUSD, rangka masa harian

GBPUSDDaily.png

GBPUSD didagangkan di bawah purata bergerak 50 hari seminggu sebelum pengumuman Rizab Persekutuan dan Bank of England. Tidak mengejutkan, keputusan FOMC akan menjadi faktor yang paling banyak menggerakkan pasangan ini sepanjang minggu hadapan.

Jika harga menembusi aras rintangan 1.1470 dari bawah ke atas, kemungkinan besar ia akan menyentuh MA 100 hari. Jika tidak, ia akan turun lebih rendah kepada 1.0950, 1.0650, dan juga 1.0400.

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera