
Fundamental : …
2022-12-29 • Dikemaskini
Tanda-tanda kemungkinan kelembapan dalam ekonomi global telah meningkat dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini. Pandemik terus menjejaskan aktiviti ekonomi di China, perang di Ukraine melanda seluruh ekonomi Eropah, dan usaha Rizab Persekutuan untuk mengawal inflasi berpotensi mencetuskan kemelesetan.
Jualan runcit China, ukuran utama aktiviti pengguna, jatuh sebanyak 11.1% secara tahunan, berbanding unjuran sebanyak 6.6%. Pengeluaran perindustrian, yang menyokong pemulihan pesat ekonomi China daripada kejutan awal COVID-19, jatuh sebanyak 2.9%.
Di Eropah, Suruhanjaya Eropah menjangkakan EU dan zon Euro berkembang hanya 2.7% tahun ini, jauh di bawah ramalan sebelumnya sebanyak 4%. Inflasi mungkin meningkat menjadi lebih daripada 6% tahun ini. Oleh itu, Presiden ECB Christine Lagarde memberikan isyarat menyokong kenaikan kadar pada Julai depan, membuka jalan bagi kenaikan kadar pertama zon Euro dalam tempoh lebih sepuluh tahun.
Di AS, inflasi tahunan masih berada di paras tertinggi 40 tahun, dan terdapat risiko kemelesetan yang ketara. Minggu ini sahaja, bekas CEO Goldman Sachs memberi amaran tentang "risiko yang sangat, sangat tinggi" berlakunya kemelesetan. Menurut Wells Fargo, tidak syak lagi bahawa kemelesetan sudah kelihatan di ufuk jauh. Bekas Pengerusi Fed itu memberi amaran bahawa AS sudah bersedia untuk tercebur ke dalam stagflasi, ekonomi yang memperlahan, dan pengangguran yang tinggi disertai dengan inflasi yang lebih tinggi. Kemungkinan terjadinya kemelesetan pada masa ini adalah sekitar 30%, menurut penyelidikan oleh Moody's dan tinjauan pendapat Wall Street Journal.
Kebimbangan utama adalah bahawa Fed akan menaikkan kadar terlalu tinggi terlalu cepat dalam masa yang singkat, membunuh pertumbuhan ekonomi. Kadar yang lebih tinggi mengekang inflasi dengan menjadikan kos peminjaman wang lebih mahal, kos berbelanja untuk barangan dan perkhidmatan pula jadi lebih mahal buat para pengguna, dan perniagaan perlu membayar lebih bila mengembangkan operasi dan mengambil pekerja.
Jika Fed tersilap langkah, kenaikan kadar yang mendadak boleh merencatkan pertumbuhan, menyebabkan kemelesetan. Dengan tindakan Fed yang agresif untuk menjinakkan inflasi, tidak syak lagi bahawa penguncupan akan berlaku, walaupun ia tidak berkembang menjadi satu kemelesetan.
Prospeknya tidaklah suram sepenuhnya. Beberapa indikator ekonomi menunjukkan bahawa pemulihan masih berada di landasan yang betul, dan ekonomi AS masih di landasan yang kukuh.
1. Pengeluaran perindustrian di AS meningkat untuk bulan yang keempat berturut-turut pada bulan April, mencecah paras tertinggi 15 tahun.
2. Perbelanjaan pengguna AS, yang membentuk dua pertiga daripada aktiviti ekonomi, kekal kukuh, dengan jualan runcit berkembang pada kadar yang sihat pada bulan April.
3. Pasaran buruh kekal kukuh, apabila AS menambah 428,000 pekerjaan pada April, mengatasi angka ramalan untuk bulan yang kedua berturut-turut. Jika rentak ini berterusan, AS akan mencapai kapasiti guna tenaga penuh menjelang Julai.
Akhirnya, walaupun kebimbangan tentang kemelesetan atau downtrend semakin meningkat, keadaannya masih baik. Sebagai contoh, kita belum lagi menyaksikan terjadinya pemberhentian pekerja secara besar-besaran, satu tanda kemelesetan. Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang kira-kira 70% of aktiviti ekonomi AS, masih bertahan. Jika berlaku kelembapan secara mendadak dalam perbelanjaan, ia akan memberi kesan yang negatif secara serta-merta. Keuntungan korporat akan jatuh, dan majikan akan mula memberhentikan pekerja untuk melindungi keuntungan mereka. Bagi dolar AS, tanda-tanda kemelesetan akan membahayakan matawang itu, manakala berita ekonomi yang baik dari Amerika akan mendorong kenaikannya.
Fundamental : …
Fundamental : …
Fundamental : Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi…
Fundamental : …
Fundamental : Emas kekal berpegang pada keuntungan yang diraih daripada dolar Amerika yang lemah, apabila tumpuan pelabur beralih kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat…
Tempoh 100 tahun yang lepas telah menyaksikan banyak kemajuan dan perubahan yang ketara dalam dunia pelaburan.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.