Inflasi Jepun berada pada 2%, tetapi bagaimana dengan Yen yang lebih lemah?

Inflasi Jepun berada pada 2%, tetapi bagaimana dengan Yen yang lebih lemah?

2022-06-24 • Dikemaskini

Jepun telah bertahun mencuba untuk melonjakkan pertumbuhan ekonominya yang lemah, tetapi tidak berjaya. Kini, Jepun akan menerima apa yang ia idamkan. Tetapi, ia tidaklah seperti yang diharapkan.

Jepun mengikuti apa yang dilihat oleh bank pusat sebagai formula ajaib: inflasi yang tinggi dan yen yang lemah. Tetapi resipi tersebut tidak berfungsi seperti yang dirancang. Inflasi tidak pernah mencapai sasaran terbaik kerajaan, walaupun dengan kdar faedah yang sangat rendah dan pelbagai rangsangan fiskal. Sebaliknya, gaji pekerja menjadi terbantut, dan pertumbuhan kekal lemah.

Inflasi Jepun dijangka meningkat kepada 2% untuk bacaan bulan April yang akan diterbitkan pada hujung minggu ini, dan merupakan kali pertama sejak 2015, selepas berlakunya kenaikan kadar yang lebih tinggi daripada jangkaan oleh disebabkan kenaikan harga global. Hasil yang akan menyukarkan BoJ untuk menjelaskan keperluannya untuk rangsangan yang berterusan.

c231e74f-1d8f-4ed9-97e4-6ca604086e3f.png

Apakah masalah inflasi di Jepun?

Inflasi Jepun, yang mana secara amnya kekal di bawah sasaran kerajaan 2%, adalah didorong oleh kegawatan pasaran, perang di Ukraine, pandemik, ketegangan geopolitik, dan kenaikan harga global. Ia tidak melonjak oleh disebabkan kenaikan permintaan atau perbelanjaan yang tinggi. Justeru, inflasi akan menurun sekiranya motif-motif ini tiada.

Namun begitu, Bank Jepun telah mengulangi komitmennya untuk pelonggaran monetari walaupun yen yang lemah. Dan, ia bakal menerima lebih tekanan daripada pemain pasaran untuk mengubah hala tujunya. Yen mencapai paras terendah dalam tempoh 20 tahun berbanding dolar, kejatuhan yang sangat besar iaitu lebih daripada 18% sejak bulan September 2021. Kenaikan harga mengakibatkan pengguna di Jepun, yang sudah biasa dengan kestabilan, menjadi panik. Yen yang lebih lemah akan mengurangkan permintaan di tempatnya sendiri berbanding merangsang kekuatannya di luar negara.

Mengapakah yen yang lemah menjadi satu masalah sekarang?

Kebimbangan terhadap penyusutan nilai yen telah mengakibatkan peralihan yang ketara terhadap ekonomi Jepun bagi beberapa dekad yang lepas. Ketika Jepun merupakan kuasa besar industri pada satu masa dahulu, yen yang lemah merupakan satu berita gembira. Ia menjadikan eksport Jepun menjadi lebih murah di luar negara, dan telah meningkatkan nilai perolehan di luar negara, dan telah menarik masuk pelaburan asing.

Tetapi kini eksport merupakan perkara yang kurang penting bagi ekonomi Jepun, iaitu pengeksport ketiga terbesar dunia. Syarikat-syarikat juga akan mengelak daripada dikenakan sekatan perdagangan di negara sendiri, oleh itu ia cenderung untuk menghasilkan produknya di luar negara, dan mengurangkan impak pada kadar pertukaran matawang bagi keuntungan bersihnya.

Mengapakah Yen Jepun menurun?

1. Ekonomi Jepun yang goyah semasa wabak dan kenaikan harga secara global telah memaksa pengimport untuk menjual lebih banyak yen untuk dolar AS untuk membayar bil mereka.

2. Desakan BOJ untuk mengekalkan kadar hampir sifar dan meneruskan rangsangan, walaupun terdapat kecenderungan bank pusat utama menaikkan kadar yang diterajui oleh Fed.

3. Spread yang semakin ketara di antara pulangan bon Jepun dan pulangan bon AS telah menyebabkan pelabur tergesa-gesa membeli USD untuk pulangan yang lebih baik.

Bagaimanakah pergerakan Yen Jepun?

Yen jatuh di bawah 130 berbanding dolar kepada paras terendahnya dalam tempoh 20 tahun selepas BoJ mengesahkan bahawa mereka akan mengekalkan kadarnya pada paras yang rendah. Namun, USDJPY menemui rintangan pada 131.00 dan telah menyongsang semula sedikit pada penghujung minggu lepas. Memandangkan kenaikan kadar Fed sekurang-kurangnya 50 mata asas pada mesyuarat bulan Jun telah mengakibatkan pasaran membuat priced in sepenuhnya. Justeru, para pedagang memilih untuk mengambil sebahagian keuntungan daripada kenaikan berterusa Dolar AS baru-baru ini. 

Mampukah Yen bertahan berbanding dolar AS untuk kembali di bawah paras 128.00, atau USDJPY akan menguat melebihi paras 131.00? Mari kita nantikan angka inflasi Jepun pada minggu ini.

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Dolar AS Masih Raja, Tetapi!
Dolar AS Masih Raja, Tetapi!

Walaupun ia susut sedikit daripada paras-paras tertingginya sejak 2002, sekitar julat 109, itu hanyalah satu pembetulan, dan sang raja hijau, dolar AS, akan meneruskan ralinya semula…

Berita terkini

Ini Masa Untuk Emas Meroket
Ini Masa Untuk Emas Meroket

Fundamental : Pelabur emas menyambut baik kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan tidak lama lagi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera