1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimana alternatif kepada Forex Factory yang ditawarkan oleh FBS boleh memberikan anda pengalaman berdagang yang lebih baik
2024-06-06 • Dikemaskini

Bagaimana alternatif kepada Forex Factory yang ditawarkan oleh FBS boleh memberikan anda pengalaman berdagang yang lebih baik

forex_factory.png

Sumber popular untuk para pedagang Forex ini tidak perlu diperkenalkan lagi, namun bagi anda yang baru sahaja mendekati sektor pelaburan ini, Forex Factory adalah salah satu sumber maklumat terbesar tentang Forex yang ada di internet. Ia memberikan para pedagang berita-berita ekonomi. carta-carta pasaran, kalendar dan tentu sekali, sebuah forum.

Mengapakah ia sangat menarik untuk para pedagang? Pertama sekali, ia percuma. Forex Factory menampung operasinya hanya dengan iklan dan endorsmen broker-broker Forex. Mereka membincangkannya secara terbuka dan anda boleh mengetahui semua maklumat berkenaan, termasuklah caj pengiklanan mereka di seksyen kit media di laman web mereka. Sebab yang kedua adalah kandungan ilmu yang terkandung padanya amatlah besar. Selama 14 tahun mereka telah mengumpulkan strategi-strategi Forex, panduan-panduan, berita dan diskusi tentang hampir segala-galanya yang berkaitan dengan Forex.

Ia adalah tempat yang popular untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang pasaran Forex, tetapi tidak semestinya yang terbaik. Kami pernah menulis postingan blog tentang kelebihan menggunakan Forex Factory, tetapi kini tiba masanya untuk memberikan pendapat yang lebih kritikal tentangnya. Dalam artikel ini, kami akan menganalisa semua pro dan kontra sumber-sumber Forex Factory dengan lebih menyeluruh, membuat kajian tentang pendapat komuniti pedagang dan mempertimbangkan beberapa alternatif yang anda boleh gunakan.

Awas agar jangan terlalu terikut-ikut dengan majoriti

Forex Factory adalah salah satu forum tentang Forex yang paling popular, yang mana ini adalah kelebihan dan juga kelemahannya. Menjadi sumber mengenai Forex yang paling mudah ditemui menarik perhatian golongan yang mahu membuat keuntungan cepat. Majoriti dari mereka, tentunya, orang-orang yang tidak berpengalaman dalam bidang ekonomi atau perdagangan, yang menjadikan mereka sumber "suara-suara keraguan" di forum tersebut.

Barangkali thread-thread pertama yang anda akan lihat di forum tersebut dibuat oleh mereka yang meminta strategi terbaik, menuntut bukti kejayaan orang lain atau meminta nasihat bagaimana harus dia bermula. Semua soalan-soalan ini telah dijawab oleh ahli-ahli forum yang berpengaruh dan juga ahli-ahli baru, justeru jawaban yang diberi seringkali berbeza dan bercanggah antara satu sama lain.

Satu kekurangan besar di semua forum adalah betapa sesiapa pun boleh menulis apa sahaja. Hampir tiada moderasi, tiada pewajipan untuk penyediaan bukti dan tiada saringan untuk siapa yang boleh memberikan nasihat kepada orang lain. Anonimiti mungkin satu perkara yang baik, tetapi tidak bila ia melibatkan pendapat pakar.

Bila anda mencari analitik, signal berdagang, strategi atau nasihat, adalah penting untuk mengetahui siapakah pengarangnya dan adakah mereka benar-benar seorang pakar. Adakah mereka mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi? Atau mungkinkah beliau mempunyai rekod yang sah membuktikannya pernah menjana pendapatan dengan konsisten melalui perdagangan Forex? Jika anda tidak boleh menjawab "Ya" pada sekurang-kurangnya satu soalan tersebut, mungkin mengelakkan dari mengikuti nasihat pakar tidak bernama itu adalah idea yang amat bagus.

Di FBS, kami hanya mengambil peneraju dan pakar berkualiti tinggi dalam bidang ini. Para penganalisa kami mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan berpengalaman luas dalam perdagangan Forex. Di laman kami anda akan sentiasa menemui analitik terbaru, berita, signal dan strategi. Dan jika anda seorang pemula baru, jabatan analitik kami telah sediakan panduan khusus untuk anda, supaya anda boleh jimatkan masa dari dibazirkan menyelongkar forum dan sebaliknya hanya menelaah segala yang diperlukan di satu lokasi.

Untuk menjadikannya lebih mudah, langgan surat berita kami dan terima maklumat-maklumat terpenting tentang perdagangan Forex, secara percuma, setiap minggu.

Teruskan bersama kami untuk perkembangan di FBS yang terbaru

Dengan memasukkan alamat emel anda, anda bersetuju untuk menerima emel dari kami. Namun anda boleh hentikan langganan pada bila-bila masa

Terima kasih kerana melanggan!
Sila sahkan emel anda menggunakan pautan yang telah kami hantar kepada anda menerusi alamat emel yang anda berikan.

Ada perkakas di FF benar-benar berguna, atau hanya tampak familiar?

Forex Factory menerima banyak pujian untuk perkakas-perkakasnya, terutamanya kalendar ekonomi. Tidak dinafikan, mereka telah menyediakan produk yang berkualiti terbaik secara percuma. Ia telah mengalami perubahan beberapa kali, tetapi kebanyakan fiturnya masih sama: ada tarikh peristiwa, nama, impak, data unjuran, sebelum serta sebenar, carta, matawang yang dipengaruhi dan sedikit keterangan. Ada beberapa kelemahan kecil, seperti desain yang ketinggalan zaman dan ketiadaan penterjemahan, namun selain dari itu, ia perkakas yang baik dan sangat membantu.

Tentu sekali, di zaman sekarang kalendar ekonomi tersebut tidak dianggap sebagai sesuatu yang canggih. Setiap broker Forex yang bagus, sumber pengetahuan pelaburan atau malahan bank ada mempunyai kalendar ekonomi mereka sendiri. Sesetengah sekolah Forex atau mentor juga menyediakan versi mereka sendiri, adakalanya lebih terperinci dan kaya dengan butiran, tetapi sumber tersebut jarang sekali menyediakannya secara percuma.

Jika anda mahu menggunakan kalendar ekonomi dengan antaramuka yang moden dan mesra pengguna, atau jika Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda anda, anda mungkin akan berasa kalendar ekonomi ini sedikit sulit digunakan.

Pilihan popular? Rasanya tidak. Kritikan terhadap FF di media berkaitan FX

Terdapat salah faham yang meluas bahawa kononnya rata-rata pedagang mempunyai pengalaman positif dengan Forex Factory, yang mana ia sukar lagi dipercayai setelah anda mencari ulasan pengguna. Di Forex Peace Army sahaja anda boleh menemui banyak halaman ulasan dan komen negatif dari orang-orang yang bimbang dengan keadilan di kalangan moderator Forex Factory, kepantasan respon dari support dan kelayakan ahli-ahli yang berpengaruh.

By CTGUY:

Forum ini dikendalikan oleh seseorang yang tidak berdagang Forex. Saya tidak suka dengan perubahan yang dibuat sewaktu pemindahan pemilikan dan ramai pedagang veteran seperti saya memutuskan untuk berpindah.

Tampaknya seperti para moderator terlalu protektif tentang apa yang muncul di iklan. Ramai pedagang yang mencatat keuntungan, termasuk ahli-ahli paling senior di Forex Factory, akhirnya membuka laman web sendiri dengan maklumat berharga berkenaan perdagangan, seperti analitik, signal dan nasihat. Kini ia sesuatu yang lazim untuk para pedagang yang berjaya meraih keuntungan dengan konsisten. Namun para moderator sering menandakan post mereka sebagai spam atau malah menggam pedagang sebegitu, walaupun mereka telah menyediakan bahan-bahan secara percuma. Ini mendatangkan kesan buruk berupa ulasan negatif dari para pedagang profesional.

Ann P.(Amerika Syarikat):

Di satu hari di mana perdagangan sangat perlahan saya memutuskan untuk menyemak thread perdagangan EUR/USD yang aktif. Orang-orang yang sedang membuat post di sana semuanya sedang BINGUNG dan perlukan bantuan. Jadi saya putuskan untuk membuka akaun dan mula membuat posting untuk membantu. Namun saya telah digam kerana saya mempunyai laman web forex yang mengandungi semua dagangan saya secara percuma. Forum Forex Factory adalah tempat yang baik untuk pemula baru mendapatkan nasihat dari para pedagang newbie yang lain.

Ia akan membuatkan anda lebih banyak membaca, dan kurang berlatih

Forum Forex Factory mempunyai sejarah yang panjang dan pada masa ini ia sarat dengan maklumat tentang perdagangan. Sesetengah darinya pasti sekali berguna, tetapi jumlah masa yang diperlukan untuk menggali keseluruhan forum mungkin tidak berbaloi.

Satu lagi masalah besar adalah maklumatnya tidak tersusun. Dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk mempunyai perancangan untuk belajar, jika tidak maklumat tidak dapat diproses dengan baik dan tidak akan diingati. Mungkin ia idea satu idea yang buruk untuk mulakan pembelajaran di forum-forum tanpa persediaan awal.

Sebelum anda terjun dan menyelami dunia forum Forex pastikan anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya sedikit pemahaman tentang bagaimana pasaran berfungsi. Video-video tutorial ini akan membantu anda memahami asas-asas perdagangan Forex dengan pantas dan membantu anda membentuk satu pendekatan yang kritikal, penting untuk sesiapa yang memutuskan untuk mula berdagang.

Memandang tinggi para "winners"

Bila-bila anda mahu mempelajari sesuatu, memandang tinggi pada orang-orang yang terbaik dalam bidang tersebut dan mengikuti nasihat mereka adalah perkara yang bijak untuk dilakukan. Tambahan pula, mengikuti nasihat orang yang sama tahap pengalaman dengan anda mungkin bukan taktik yang baik. Justeru itu, amalan menyemak fakta para mentor adalah pendinding diri yang ampuh bila mempelajari Forex.

Setakat ini ramai bekas ahli Forex Factory mengatakan majoriti dari strategi yang ada di sana diterbitkan oleh pemula. Malah sesetengah ahli berpengaruh mempunyai lebih banyak pengalaman menulis di forum berbanding berdagang.

jignesh shah, Melbourne, Australia:

Laman yang bagus, banyak informasi tetapi anda harus berhati-hati dengan apa yang anda lihat, ada banyak sistem yang ditulis oleh pemula.

Jika anda mencari secara menyeluruh forum itu anda sukar menemui sebarang post yang diterbitkan oleh orang-orang yang berjaya dalam Forex. Satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana para moderator menyembunyikan post yang dibuat oleh pedagang yang berjaya dan berpengaruh kerana mereka menganggapnya sebagai promosi mengiklankan diri. Satu lagi sebab lain adalah para pedagang berjaya memang tidak melawat forum-forum sebegini.

DI dalam blog FBS, kami sering menerbitkan kisah-kisah pedagang sebenar yang telah berjaya. Namun mereka yang kisahnya diterbitkan, hanyalah sebilangan kecil yang telah bersetuju untuk mendedahkan maklumat kewangan mereka kepada umum. Ramai pedagang yang berjaya lebih gemar merahsiakan hal kewangan mereka dan tidak menjadikannya bahan bualan terbuka. Untuk maklumat yang lebih dari itu, lebih sukar lagilah untuk mereka kongsikan di forum-forum.

Sukar untuk anda temui pedagang yang berjaya dan kaya-raya memberikan nasihat di forum-forum, apa yang anda akan temui biasanya adalah mereka yang sefikiran dan mahu belajar. Sesetengah dari mereka menikmati proses berdagang lebih dari mendapatkan wang.

Arkon, Pasadena, USA

"Ahli-ahli berimpak tinggi" tidak kongsikan "live trade" mereka dan jikalau ada pun itu hanya ketika mereka berdagang 0.01 lot, mereka lebih banyak habiskan masa membuat posting dari berdagang. Forex Factory adalah laman yang terbaik untuk orang yang suka bercakap dan buat posting tentang berdagang tetapi tidak banyak melakukan perdagangan yang sebenar.

Salah satu ahli Forex Factory berimpak tinggi ada mengatakan di dalam thread beliau yang terkenal tentang mitos-mitos dalam Forex: berdagang bukanlah berkaitan sangat dengan membuat wang. Walaupun pengarang ayat ini memutuskan untuk meninggalkan forum, ini harus memberikan anda bayangan tentang apa yang anda harus jangkakan.

Kesimpulan

Untuk membuat kesimpulan bagi semua yang telah dibincang di atas, Forex Factory mempunyai kekurangannya, tetapi ia masih lagi satu tempat yang penuh dengan maklumat tentang Forex dan tempat yang baik untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan Forex dengan orang yang berkongsi minat yang sama.

Ingat bahawa pemilik-pemilik Forex Factory tidak bertanggungjawab untuk strategi-strategi dan nasihat dari ahli-ahli forum yang diterbitkan di platform mereka. Manakala, syarikat-syarikat besar, sebaliknya, menerima lebih banyak tekanan dan lebih berhati-hati bila menerbitkan maklumat.

Bila internet sarat dengan maklumat tentang Forex, anda mahu memastikan bahawa anda memilih dengan cermat apa yang boleh dibaca dan digunakan dalam perdagangan anda. Kualiti sumber anda mungkin bergantung kepada kualiti pendapatan anda. Dan bila bercakap tentang wang, adalah lebih baik selamat dari menyesal.

Sebagai sebuah broker Forex antarabangsa, kami mengambil berat tentang pelanggan-pelanggan dan reputasi kami. Bila menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan oleh pasukan analitik FBS, anda boleh yakini bahwa semua yang diterbitkan telah disemak dan diuji oleh profesional berpengalaman dan berkelayakan. Silalah lihat seksyen pendidikan dan analitik kami, cuba webinar-webinar dan temui profesional kami secara bersemuka, dan jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan pastukan anda memberitahu kami dengan menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami yang sentiasa sedia untuk membantu. Saksikan sendiri bagaimana keadaannya bila anda ada broker yang sentiasa berada di sisi anda.

Baca lebih lanjut

  • 9638

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera