Cryptocurrency Wallet

Dompet Matawang Kripto

Apakah itu dompet matawang kripto?

Dompet matawang kripto ialah satu kaedah untuk menyimpan dan mengakses kripto anda dengan selamat, serta melakukan transaksi menghantar dan menerima matawang kripto, seperti Bitcoin atau Ethereum. Dompet ini boleh berbentuk aplikasi (untuk desktop atau untuk telefon pintar) atau peranti fizikal; bergantung pada pilihan pemilik.

Setiap dompet mempunyai kunci awam (public key) dan kunci persendirian (private key), yang mengupayakannya untuk menghantar dan menerima matawang kripto. Kedua-dua kekunci ini membentuk apa yang dipanggil pasangan kunci (key pair). Dan walaupun anda boleh memiliki banyak kunci awam, anda hanya mempunyai satu kunci peribadi untuk dompet anda. Anda boleh kongsikan kunci awam anda dengan sesiapa sahaja untuk menerima kripto.

Nota penting : Jangan sekali-kali kongsikan kunci persendirian anda dengan sesiapa pun. Ia berfungsi seperti kata laluan dan membuktikan bahawa anda adalah pemilik matawang kripto. Kunci itu boleh berbentuk kod panjang atau frasa mnemonik atau bahkan kod QR, dan anda harus memastikan bahawa anda menyimpannya dengan baik, supaya tiada sesiapa boleh mengakses dana anda.

Adakah saya benar-benar memerlukan dompet matawang kripto?

Membeli dan menyimpan matawang kripto boleh menjadi satu tugas yang mencabar. Jika anda hanya mahu membeli dan menyimpan kripto dan tidak memperdagangkannya secara aktif, anda akan memerlukan sebuah dompet. Untuk perdagangan secara aktif, anda boleh membuka akaun Crypto di FBS.

Buka akaun Crypto

Sebenarnya, dompet matawang kripto peribadi tidak benar-benar menyimpan kripto seperti mana dompet fizikal menyimpan wang tunai. Kripto anda sebenarnya (contohnya, Litecoin ) terletak di blokchain, dan dompet itu seperti semacam suatu kunci kepada lokasinya. Dalam erti kata lain, dompet matawang kripto menyimpan maklumat yang amat penting.

Dompet panas dan dompet sejuk

Apabila bercakap tentang perbezaan antara pelbagai dompet, perkara pertama yang perlu dinyatakan ialah kewujudan apa yang dipanggil dompet sejuk dan dompet panas.

Dompet panas ialah dompet matawang kripto yang disambungkan ke internet. Kelebihan besarnya ialah kebolehaksesan dan kemesraan pengguna, iaitu tidak banyak masa diperlukan untuk mengakses dompet panas walau di mana sahaja anda berada. Pada masa yang sama, ia dianggap sebagai kurang selamat dan mungkin lebih terdedah kepada ancaman.

Begitulah sebaliknya, dompet sejuk adalah dompet matawang kripto yang tidak disambungkan ke internet. Ia dianggap lebih selamat kerana persekitaran luar taliannya.

Pelbagai jenis dompet matawang kripto

Melanjutkan lagi perbincangan tentang topik dompet sejuk, ia biasanya berbentuk dompet kertas (kod atau kunci QR yang dicetak atau ditulis pada kertas) dan dompet keras (hard wallet, iaitu peranti yang boleh mengendalikan kunci, contohnya pemacu USB). Dompet keras boleh disambungkan ke PC untuk mengurusnya.

Dompet panas boleh dipasang di peranti mudah alih atau di desktop. Biasanya ia adalah program perisian atau aplikasi yang boleh dipasang dengan mudah dan terus digunakan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan dompet web: sambungan pelayar web (browser extension) yang disambungkan ke laman web tempat anda membuat dompet anda.

Undur

2022-03-09 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera