Fiat Currency

Matawang Fiat

Istilah "matawang fiat" amat popular dalam dunia kripto. Tapi, apa kaitannya dengan matawang kripto, dan kenapa kita perlukannya? Mari kita bincangkan perkara tersebut dalam artikel ini.

Apakah itu matawang fiat?

Wang fiat ialah matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Nilai wang fiat ditentukan oleh hubungan antara penawaran dan permintaan serta kestabilan kerajaan yang mengeluarkannya, bukan oleh nilai komoditi yang menyokongnya. Kebanyakan matawang moden adalah matawang fiat, termasuk dolar AS, euro, dan matawang-matawang utama dunia.

"Fiat" diambil dari bahasa Latin yang bermaksud "jadilah ia" atau "selesaikan ia." Oleh itu, matawang fiat hanya bernilai kerana kerajaan menyatakan sedemikian. Wang fiat itu sendiri tidak mempunyai utiliti.

China merupakan negara pertama yang menggunakan matawang fiat di sekitar 1000 AD, dan kemudian jenis matawang seperti ini tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Pada abad ke-20, Presiden AS Richard Nixon menyingkirkan kebolehtukaran langsung dolar AS kepada emas, yang dikenali sebagai “piawai emas”. Kini, kebanyakan negara menggunakan matawang fiat berasaskan kertas yang hanya digunakan sebagai kaedah pembayaran.

Tidak seperti matawang tradisional yang disokong oleh komoditi, matawang fiat tidak boleh ditukar atau ditebus. Ia sememangnya tidak berguna dan hanya digunakan atas perintah kerajaan. Untuk menjadikan matawang fiat berjaya, kerajaan harus melindunginya daripada pemalsuan dan menguruskan bekalan wang secara bertanggungjawab.

Matawang Fiat bertentangan dengan wang komoditi. Beza keduanya adalah pada nilai intrinsik. Dari segi sejarah, wang komoditi mempunyai nilai intrinsik yang ditentukan oleh bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya, seperti syiling emas dan perak. Wang fiat pula tidak mempunyai nilai intrinsik — ia hanyalah janji kerajaan atau bank pusat bahawa matawang tersebut boleh ditukarkan pada nilainya dalam bentuk barangan.

Kelebihan-kelebihan matawang fiat

Wang fiat adalah sangat baik selagi ia melaksanakan fungsi yang diperlukan oleh ekonomi negara yang mengeluarkan matawang tersebut — menyimpan nilai, menyediakan akaun berangka, dan memudahkan pertukaran. Ia juga mempunyai seignioraj yang sangat baik, yang menjadikan ia lebih kos efektif berbanding mata wang yang dikaitkan secara langsung dengan komoditi.

Matawang fiat menjadi lebih menonjol pada abad ke-20, dan salah satu sebabnya adalah kerana kerajaan dan bank pusat mahu melindungi ekonomi mereka daripada kesan-kesan yang amat buruk hasil dari peningkatan dan kemerosotan kitaran perniagaan.

Oleh kerana wang fiat bukan sumber yang terhad atau tetap seperti emas, bank pusat boleh melakukan kawalan yang lebih terhadap bekalannya, yang membolehkan mereka mengawal pembolehubah ekonomi seperti bekalan kredit, kecairan, kadar faedah dan halaju wang. Sebagai contoh, Rizab Persekutuan AS mempunyai dwi mandat untuk memastikan pengangguran dan inflasi rendah.

Keburukan-keburukan matawang fiat

Oleh kerana wang fiat tidak disandarkan pada aset-aset ketara, nilainya bergantung pada dasar fiskal dan peraturan kerajaan yang bertanggungjawab. Dasar kewangan yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan inflasi dan juga hiperinflasi matawang fiat.

Selain daripada itu, terdapat lebih banyak ruang bagi gelembung matawang fiat — satu kitaran ekonomi di mana terdapat kenaikan mendadak sebelum kejatuhan harga yang juga mendadak. Risiko gelembung ini adalah tinggi kerana matawang fiat mempunyai bekalan yang tidak terhad, yang bermaksud kerajaan boleh membuat pelonggaran kuantitatif. Walaupun pelonggaran kuantitatif membantu merangsang ekonomi, ia juga boleh mencetus peningkatan kadar inflasi. Tekanan peningkatan harga boleh menjejaskan banyak perkara termasuk pasaran perumahan sehinggalah ke paras hutang kerajaan dan pasaran kewangan.

Mari kita lihat kes yang berlaku di Zimbabwe, sebuah negara Afrika, pada awal 2000-an. Sebagai tindak balas terhadap masalah-masalah ekonomi yang teruk, bank pusat negara tersebut mula mencetak wang pada kadar yang mengejutkan sehingga menyebabkan hiperinflasi. Akibatnya, nilai matawang tersebut susut 99.9%. Harga meningkat secara mendadak, dan para pengguna terpaksa membawa wang berbeg-beg untuk membeli barangan runcit. Pada kemuncak krisis tersebut, kerajaan Zimbabwe terpaksa mengeluarkan wang kertas 100 trilion dolar Zimbabwe. Akhirnya, orang ramai mula menggunakan matawang asing dengan lebih meluas berbanding dolar Zimbabwe.

Kesimpulan

Walaupun pada masa kini ramai yang cuba mencari alternatif bagi wang, matawang fiat masih diperlukan selagi ia mempunyai permintaan dan penawaran.

Undur

2023-05-08 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Kenapakah matawang fiat bernilai?

    Tidak seperti wang komoditi seperti syiling emas atau wang kertas yang boleh ditukar dengan logam-logam berharga, wang fiat disokong sepenuhnya oleh kepercayaan dan amanah kerajaan yang mengeluarkannya. Ini munasabah kerana kerajaan mewajibkan orang ramai untuk membayar cukai menggunakan wang kertas yang mereka keluarkan. Oleh kerana semua orang perlu membayar cukai, rakyat akan menerima wang fiat tersebut. Teori-teori kewangan lain, seperti teori kredit, mencadangkan bahawa oleh kerana semua wang adalah hubungan pinjaman-hutang, tidak kisahlah sama ada wang itu disokong oleh sesuatu ataupun tidak untuk mengekalkan nilainya.

  • Apakah alternatif-alternatif kepada wang fiat?

    Hampir setiap negara hari ini mempunyai wang sah, iaitu wang fiat. Walaupun anda boleh membeli dan menjual emas dan syiling emas, ianya jarang digunakan dalam pertukaran atau untuk pembelian setiap hari dan lebih cenderung dijadikan aset yang dikumpul atau aset spekulatif. Di samping itu, matawang kripto seperti bitcoin telah muncul sejak sedekad lalu sebagai satu cabaran terhadap sifat inflasi matawang fiat. Namun, walaupun penerimaan dan minat terhadapnya semakin meningkat, aset-aset maya ini kelihatan tidak sama seperti "wang" tradisional.

  • Adakah wang fiat membawa kepada hiperinflasi?

    Memang ada kemungkinan berlakunya hiperinflasi apabila sesebuah negara mencetak matawangnya. Namun begitu, kebanyakan negara maju hanya mengalami serangan inflasi yang sederhana pada kebanyakan masa. Inflasi rendah yang berterusan adalah faktor positif untuk pertumbuhan ekonomi dan pelaburan, kerana ia menggalakkan orang ramai untuk melaburkan wang mereka daripada membiarkannya dan kehilangan kuasa beli dari semasa ke semasa.

    Kebanyakan bank pusat moden mahukan matawang yang agak kukuh dan stabil kerana matawang yang nilainya menurun dengan pantas tidak baik untuk perdagangan dan kewangan. Tambahan lagi, ianya tidak jelas sama ada hiperinflasi disebabkan oleh pencetakan wang yang tidak terkawal. Tempoh-tempoh di mana harga naik dengan melampau sering terjadi sepanjang sejarah manusia, termasuklah sewaktu sistem kewangan masih lagi berasaskan logam berharga; semua hiperinflasi moden bermula dengan kejatuhan total ekonomi pembuatan dan ketidakstabilan politik di negara itu.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera