Quantitative Easing

Pelonggaran kuantitatif

Apakah itu pelonggaran kuantitatif?

Pelonggaran Kuantitatif (QE, Quantitative Easing) ialah strategi dasar monetari yang digunakan oleh bank-bank pusat. Ia merujuk kepada situasi bila mana bank pusat membeli sekuriti dalam usaha untuk menurunkan kadar faedah, meningkatkan bekalan wang dan pinjaman kepada pengguna dan perniagaan. Matlamatnya adalah untuk merangsang aktiviti ekonomi semasa krisis kewangan dan mengekalkan aliran kredit.

Memahami Pelonggaran Kuantitatif

Apabila sebuah bank pusat memutuskan untuk menggunakan pelonggaran kuantitatif, ia membuat pembelian berskala besar aset kewangan seperti bon kerajaan dan korporat dan juga saham. Penyelesaian yang agak mudah ini memberikan kesan yang kuat: jumlah wang yang beredar dalam ekonomi meningkat, membantu menurunkan kadar faedah jangka panjang. Ini mengurangkan kos pinjaman, yang seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Apabila Rizab Persekutuan melaraskan sasarannya untuk kadar dana persekutuan, ia cuba mempengaruhi kadar jangka pendek yang bank-bank kenakan kepada satu sama lain untuk pinjaman semalaman. Fed telah menggunakan dasar kadar faedah selama beberapa dekad untuk memastikan aliran kredit dan ekonomi AS berada di landasan yang betul.

Apabila kadar dana persekutuan dipotong kepada sifar semasa Kemelesetan Besar (The Great Recesseion), pemotongan kadar selanjutnya untuk menggalakkan pinjaman menjadi mustahil. Sebaliknya, Fed melancarkan pelonggaran kuantitatif dan mula membeli sekuriti bersandarkan gadai janji (MBS) dan Bon Perbendaharaan untuk mengelakkan pembekuan dalam ekonomi.

QE di Amerika Syarikat

Pada tahun 2008, Fed melancarkan empat pusingan pelonggaran kuantitatif untuk memerangi krisis kewangan. Ia berlangsung dari Disember 2008 sehingga Oktober 2014. The Fed menggunakan pelonggaran kuantitatif kerana alat dasar monetari pengembangannya yang lain sudah mencapai hadnya. Kadar dana persekutuan dan kadar diskaun adalah sifar. Fed bahkan telah mula membayar faedah kepada bank atas keperluan rizab mereka. Akibatnya, QE telah menjadi alat utama bank pusat tersebut untuk menghentikan krisis.

Pelonggaran kuantitatif meningkatkan bekalan wang dan kunci kira-kira Fed sebanyak hampir $4 trilion. Sehingga 2020, ini pengembangan terbesar bagi mana-mana program rangsangan ekonomi dalam sejarah. Kunci kira-kira Fed meningkat dua kali ganda daripada kurang $1 trilion pada November 2008 kepada $4.4 trilion pada Oktober 2014.

Keburukan Pelonggaran Kuantitatif

Kesan QE tidak selalunya bermanfaat untuk semua perkara dalam ekonomi. Mari kita lihat beberapa potensi bahaya yang boleh berlaku.

Bahaya terbesar QE ialah risiko inflasi. Apabila bank pusat mencetak wang, bekalan dolar meningkat. Secara hipotesis, ini boleh menyebabkan penurunan kuasa beli bagi wang yang sudah berada di dalam edaran. Peningkatan bekalan wang membolehkan orang ramai dan perniagaan meningkatkan permintaan mereka untuk jumlah sumber yang sama, membawa kepada harga yang lebih tinggi, berkemungkinan mencapai suatu tahap yang tidak mampan.

Perkara seterusnya yang diragui oleh sesetengah pengkritik tentang keberkesanan pelonggaran kuantitatif, terutamanya tentang merangsang ekonomi dan kesannya yang tidak sekata terhadap orang yang berbeza. QE boleh mencetuskan ledakan pasaran saham, dan pemilikan saham tertumpu di kalangan rakyat Amerika yang sudah kaya, tidak kira sama ada ekonomi sedang di dalam krisis atau tidak. Dengan mengurangkan kadar faedah, Fed menggalakkan aktiviti spekulatif di pasaran saham, yang boleh mewujudkan buih (bubbles) selagi mana Fed mengekalkan dasarnya.

Bahaya terakhir QE ialah ia boleh memburukkan lagi kesenjangan pendapatan lantaran dari kesannya terhadap kedua-dua aset kewangan dan aset yang nyata seperti hartanah. Bank pusat tidak mempunyai infrastruktur untuk memberi pinjaman secara langsung kepada pengguna dengan berkesan, jadi ia menggunakan bank sebagai perantara untuk memberi pinjaman. Sebaik sahaja wang QE berada di kunci kira-kira pemain utama, ia mungkin tidak akan memberikan manfaat kepada semua orang di dalam ekonomi seperti yang diharapkan.

Biarpun dengan semua masalah ini, pakar percaya bahawa QE telah terbukti "sangat efektif" dalam menstabilkan dan akhirnya menaikkan harga aset di pasaran saham dan ekuiti.

Undur

2023-05-03 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera