-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?
Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.
Lot
Lot
Apakah itu lot?
Lot ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan kuantiti unit yang telah distandardkan bagi aset yang didagangkan.
Bagaimana lot berfungsi?
Pemain pasaran menggunakan lot untuk membeli dan menjual instrumen kewangan. Secara tradisinya untuk pasaran saham, 100 saham membentuk satu lot (satu lot genap). Malah, lot genap boleh mempunyai bilangan saham yang boleh dibahagi dengan 100.
Walau bagaimanapun, terdapat juga lot ganjil dan lot bercampur. Lot ganjil mempunyai kurang daripada 100 unit saham, dan lot bercampur mempunyai lebih daripada 100 unit saham, tetapi berapa pun kuantitinya, ia tidak boleh dibahagikan dengan 100.
Apabila berdagang, seseorang individu boleh memilih saiz lot yang mampu mereka tawarkan kerana kos untuk satu lot genap adakalanya terlalu mahal. Sebagai contoh, satu lot saham bersamaan dengan 100 unit saham. Lot yang sedemikian dipanggil satu lot genap. Tetapi anda tidak perlu membeli keseluruhan lot genap. Sebaliknya, anda boleh membeli sebarang kuantiti unit saham daripada lot itu, contohnya 0.5 lot, 0.1 lot, atau bahkan 0.01 lot.
Maklumat lanjut tentang lot tersedia di dalam video tutorial dari pasukan penganalisis FBS ini.
Jenis-jenis lot
Lot pasaran bon
Didominasi oleh pelabur institusi, pasaran bon membolehkan mereka membeli hutang daripada penerbit bon dalam jumlah yang besar. Biasanya, saiz lot untuk pasaran bon ialah $1 juta; walau bagaimanapun, terdapat juga lot $100,000.
Lot kontrak opsyen
Bagi kontrak opsyen pula, satu lot opsyen bersamaan dengan 100 unit saham. Penyeragaman seperti ini membolehkan pelabur mengetahui secara tepat bilangan unit yang mereka beli dengan setiap kontrak. Tanpa penyeragaman seperti sedemikian, berdagang opsyen menjadi suatu tugas yang lebih sukar.
Lot pasaran niaga hadapan
Dalam pasaran niaga hadapan, lot dipanggil sebagai saiz kontrak. Apa-apa sahaja boleh digunakan sebagai aset untuk kontrak niaga hadapan: ekuiti, bon, kadar faedah, komoditi, indeks, matawang, dsb. Atas sebab itu, saiz kontrak berbeza-beza mengikut jenis kontrak yang didagangkan.
Tidak seperti saham atau bon, saiz lot yang standard bagi niaga hadapan dan opsyen adalah tetap dan tidak boleh dirunding. Tetapi masalahnya ialah mereka yang terlibat dalam perdagangan kontrak hadapan boleh menyesuaikan saiz lot kontrak yang didagangkan kerana ia adalah kontrak yang tidak standard yang dicipta oleh pihak-pihak yang terlibat.
Lot Forex
Lot Forex terbahagi kepada tiga saiz lot: mikro, mini dan standard. Lot mikro di dalam Forex ialah 1,000 unit matawang asas; lot mini mengandungi 10,000 unit; lot standard ialah 100,000 unit. Apabila berdagang matawang di pasaran Forex, saiz urusniaga perdagangan yang terkecil ialah 1,000.
2022-06-07 • Dikemaskini