IBEX 35 Index

Indeks IBEX 35

Apakah itu indeks IBEX 35?

Indeks IBEX 35 adalah penanda aras domestik dan antarabangsa untuk Bolsa de Madrid, bursa saham utama Sepanyol. Seperti yang mungkin anda sudah maklum, indeks ini terdiri daripada 35 saham terbesar dan paling cair yang diperdagangkan di pasaran saham Sepanyol. IBE bermaksud Índice Bursátil Español, yang bermaksud Indeks Pertukaran Sepanyol. Lihat carta Spain35!

Bagaimana IBEX 35 berfungsi?

IBEX 35 adalah indeks yang berasaskan permodalan pasaran terapung bebas. Apungan bebas syarikat adalah jumlah saham diterbitkan yang tidak dipegang oleh pihak-pihak yang berkaitan. Ini bermaksud bahawa paras indeks adalah jumlah permodalan pasaran yang terapung bebas bagi semua 35 syarikat yang dibahagi dengan nilai yang sama untuk suatu tempoh asas dan kemudian didarabkan dengan paras indeks untuk tempoh asas tersebut. Indeks ini disemak semula dua kali setiap tahun: pada bulan Jun dan Disember. Tidak seperti indeks pasaran luas AS seperti S&P 500 atau Nasdaq 100, kriteria utama untuk dimasukkan ke dalam IBEX 35 adalah kecairan, bukan nilai pasaran.

Bagaimana cara untuk dagangkan ES35 di FBS?

Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) IBEX 35. Kontrak-kontrak ini adalah cerminan pergerakan ES35. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh membuka pesanan beli dan jual bila berdagang.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil deposit, anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.

Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak tips mengenai cara berdagang indeks, baca panduan khas kami.

Apa yang mendorong harga Spain35?

Seperti kebanyakan indeks, Spain35 didorong oleh laporan pendapatan, perlantikan penting, dan pelancaran produk baru oleh syarikat-syarikat yang tersenarai. Selain itu, faktor ekonomi Sepanyol seperti kadar faedah, dasar monetari, dan indikator ekonomi boleh mempengaruhi indeks kerana mereka boleh mengubah selera pengguna untuk produk dan sentimen pasaran secara keseluruhan.

FBS turut menawarkan banyak lagi indeks lain untuk perdagangan. Tinjau indeks-indeks terbaik untuk pelaburan anda sekarang juga!

Undur

2023-07-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apa itu dana indeks?

    Indeks saham adalah suatu penanda aras, yang mengukur prestasi sekumpulan saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang terkenal merangkumi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa-bursa saham di Amerika Syarikat.

  • Bagaimana cara melabur dengan dana indeks?

    Pilih dana indeks atau dana yang ingin anda dagangkan. Sekiranya anda seorang pemula baru, di peringkat awal adalah lebih baik untuk memilih indeks pasaran yang terkenal dan meluas skopnya. Pertimbangkan sektor (contohnya, Nasdaq 100 adalah indeks teknologi) dan geografi (Nikkei 225 - adalah indeks utama saham Jepun) indeks berkenaan.

  • Adakah indeks saham lebih baik dari saham individu?

    Indeks saham adalah portfolio yang sudah dipelbagaikan dengan baik (well diversified). Pempelbagaian adalah salah satu rukun yang utama perdagangan saham. Ia merujuk tentang strategi di mana pedagang cuba untuk memiliki pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Oleh itu, indeks lebih tahan terhadap kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding situasi di mana pedagang hanya bergantung pada saham individu, dan dengan itu indeks boleh dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera