-
Bagaimana untuk menggunakan indikator momentum?
Indikator momentum ialah alat yang digunakan dalam analisis teknikal untuk menentukan kadar perubahan harga. Pedagang boleh menggunakannya untuk mengesahkan trend semasa, mencari signal masuk dan keluar, dan meramalkan kemungkinan penyongsangan.
-
Apakah itu strategi momentum?
Strategi perdagangan momentum melibatkan penggunaan momentum trend semasa untuk membeli atau menjual aset bagi memaksimumkan pulangan seseorang. Strategi ini adalah berdasarkan rasional bahawa sebaik sahaja trend terbentuk, terdapat kemungkinan besar yang ia akan berterusan untuk seketika.
-
Apakah definisi kesan momentum?
Kesan momentum merujuk kepada kecenderungan aset yang berprestasi sangat baik atau teruk pada bulan-bulan sebelumnya untuk terus bergerak ke arah yang sama untuk masa yang lebih lama.
Momentum Indicators
Indikator Momentum
Apa itu indikator momentum?
Indikator momentum ialah alat yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur kadar di mana harga suatu aset berubah dalam tempoh masa yang tertentu. Indikator-indikator ini sangat berguna dalam perdagangan kerana ia boleh mengenal pasti samada trend semasa itu kuat atau lemah. Ia sangat membantu terutamanya dalam pasaran bull kerana biasanya ia berlangsung lebih lama dan lebih kerap muncul berbanding pasaran bear, yang bermaksud indikator ini mempunyai lebih banyak data untuk memberikan analisis yang lebih andal. Bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menggunakannya sebagai tambahan kepada alat lain kerana indikator ini tidak boleh mengenal pasti arah trend dengan sendirinya. Untuk carta pula, sebarang indikator momentum dipaparkan sebagai garisan pada graf di bawah carta harga utama.
Capahan momentum
Capahan momentum (momentum divergences) ialah perbezaan antara arah pergerakan indikator momentum dan harga pasaran aset. Sebagai contoh, jika kedua-dua harga aset dan indikator momentum jatuh, tetapi kemudian indikator momentum berhenti bergerak ke bawah atau mula meningkat, maka ia bermaksud berlaku capahan momentum.
Capahan momentum menunjukkan bahawa momentum pergerakan harga menjadi semakin perlahan. Ini menandakan bahawa arah trend pasaran semasa mungkin akan tamat dan akan menyongsang tidak lama lagi. Capahan momentum boleh bullish atau bearish, bergantung pada arah harga awal dan pergerakan indikator momentum.
Kelebihan indikator momentum
Indikator momentum terbukti sangat berharga untuk pedagang yang perlu merangka langkah mereka yang seterusnya, kerana ia boleh digunakan untuk mengenal pasti pelbagai parameter:
- Titik penyongsangan. Indikator momentum boleh memberi pedagang anggaran tentang bila pasaran mungkin menyongsang, yang boleh dikenal pasti dengan mengukur capahan di antara momentum dan pergerakan harga.
- Trend. Memandangkan indikator momentum menentukan kekuatan atau kelemahan suatu trend, pedagang boleh menggunakannya untuk mengesahkan trend semasa dan juga daya maju strategi perdagangan mereka.
- Signal masuk dan keluar. Apabila digunakan dengan indikator inersia, indikator momentum boleh membantu pedagang untuk mengenal pasti signal masuk dan keluar. Jika kedua-dua indikator bergerak ke arah yang sama, pedagang mungkin menerima signal masuk; tetapi jika indikator mencapah, pedagang harus bersedia untuk keluar dari perdagangan mereka.
- Arah pasaran. Walaupun indikator momentum hanya memberikan maklumat tentang turun naik harga dalam rangka masa tertentu, ia boleh membantu mewujudkan trajektori pasaran yang berpotensi jika digunakan sebagai tambahan kepada alat lain.
Jenis indikator momentum
Indeks Kekuatan Relatif (RSI)
Indeks Kekuatan relatif (Relative Strength Index), atau RSI, ialah indikator momentum popular yang digunakan untuk mengukur perubahan harga dan kelajuan ia berlaku. Indikator ini berbentuk osilator yang berayun ke depan dan ke belakang di antara 0 dan 100. Jika indikator menunjukkan sebarang capahan atau melintasi garis tengah (50), ia menandakan penyongsangan trend semasa akan berlaku. RSI juga boleh membantu untuk menentukan sama ada aset terlebih beli (70 ke atas) atau terlebih jual (30 atau ke bawah), yang membolehkan pedagang bersiap sedia untuk langkah yang seterusnya.
Moving Average Convergence Divergence (MACD)
MACD ialah indikator momentum yang paling terkenal dan meluas digunakan. Ia berfungsi sebagai osilator yang mewakili hubungan antara dua purata bergerak — biasanya purata bergerak eksponen (EMA) 12 hari dan 26 hari. MACD dikira dengan mengambil EMA 26 hari daripada EMA 12 hari. Garisan yang terhasil iaitu — garis MACD — diplot pada graf bersama EMA 9 hari, yang seterusnya bertindak sebagai garis signal.
Pergerakan dua garis yang berikutnya apabila ia bertindih, menumpu, atau mencapah antara satu sama lain akan menunjukkan momentum semasa, memberi pedagang signal beli atau jual. Sebagai contoh, jika MACD berada di bawah garis signal sebelum ia bertembung, indikator tersebut memberikan signal beli. Sebaliknya, jika MACD melintasi garis signal dari atas, pedagang boleh membuat persediaan untuk membuat pesanan jual.
Average Directional Index (ADX)
Average Directional Index, atau ADX, ialah indikator momentum yang membantu mentahkik kekuatan dan arah trend semasa. Secara teknikal, pedagang menggunakan tiga indikator berbeza pada masa yang sama: ADX itu sendiri, Minus Directional Indicator (-DI), dan Plus Directional Indicator (+DI).
Garis ADX diplot pada graf bersama kedua-dua indikator arah, dengan nilai antara 0 hingga 100. Garis arah digunakan untuk menentukan arah trend, dan garis ADX mengukur kekuatannya.
Sebagai contoh, garisan -DMI di atas +DMI menunjukkan uptrend, manakala jika +DMI berada di atas -DMI pula menunjukkan downtrend. Kekuatan aliran ditentukan oleh nilai garis ADX. Jika nilai lebih tinggi daripada 25, trend adalah kukuh. Tetapi jika garis ADX turun di bawah 20, trend adalah lemah.
Kadar Perubahan (Rate of Change - ROC)
Indikator kadar perubahan, atau ROC, ialah indikator momentum yang mengukur peratusan perubahan dalam harga aset dalam tempoh masa tertentu. Ia membandingkan harga semasa aset dengan harganya daripada rangka masa yang berbeza sebelum ini.
Indikator ini boleh membantu pedagang untuk mengenal pasti arah pergerakan pasaran. Jika ROC positif, pasaran adalah bullish, dan sebaliknya. Jika ROC melonjak ke atas, harga juga mengalami kenaikan mendadak; tetapi jika ROC menjunam ke bawah, harga juga menurun dengan cepat.
Osilator Stokastik
Indikator momentum ini digunakan untuk membandingkan harga penutup semasa aset dengan set harga sebelumnya yang diambil dalam rangka masa tertentu. Ini memberi pedagang maklumat tentang momentum dan kelajuan pasaran tetapi tidak mengambil kira volum semasa atau harga aset yang didagangkan. Ia paling biasa digunakan untuk mengenal pasti signal penyongsangan trend.
Osilator stokastik diplot sebagai garis pada graf dan berskala dari 0 hingga 100. Jika osilator meningkat melebihi 80, ia menunjukkan bahawa aset terlebih beli. Jika ia jatuh di bawah 20, aset itu dianggap terlebih jual. Mengetahui perkara ini, pedagang harus bersedia untuk potensi penyongsangan trend kerana aset terlebih beli akhirnya akan dijual semula, dan sebaliknya.
2023-05-11 • Dikemaskini