-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Pattern
Pola
Istilah "pola" adalah komponen yang penting dalam analisis teknikal. Para pedagang menggunakan pengetahuan mengenai pola-pola yang dikenali untuk membuat pesanan mereka. Apabila lebih banyak pedagang mengenali suatu pola, kemungkinan harga akan mengikuti pola pergerakan yang tertentu meningkat. Analisis teknikal membeza-bezakan antara dua kumpulan pola yang utama: pola carta dan pola candlestick. Walaupun kedua-duanya menunjukkan bagaimana harga bergerak di carta, ciri-ciri mereka berbeza. Pola carta membantu menentukan arah trend dengan bantuan aras sokongan dan rintangan, dan pola candlestick digunakan untuk mengenal pasti pergerakan harga yang seterusnya berdasarkan bentuk dan kombinasi candlestick Jepun.
Dalam dua kumpulan ini, pola-pola boleh dibahagikan kepada pola penerusan (kesinambungan, continuation) dan penyongsangan (pembalikan, reversal). Pola penerusan menunjukkan bahawa harga akan meneruskan pergerakan mengikut trend yang sedia ada. Pola penyongsangan pula, menunjukkan kemungkinan yang tinggi akan berlaku penyongsangan trend. Di antara semua pola-pola carta, pola yang paling dikenali ialah Head and Shoulders, Double Top/Bottom, Segitiga (Triangle), Bendera (Flag), dan Baji (Wedge). Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai cara berdagang dengan mereka di dalam Buku Panduan Forex. Pola candlestick lebih sukar dicari, kerana ada banyak kombinasi yang berbeza. Untuk pemula, penganalisis mengesyorkan agar mempelajari pola-pola penyongsangan pada peringkat permulaan, kerana mereka lebih mudah dikenali.
2023-07-19 • Dikemaskini