Garis panduan Alternasi

Baca artikel ini di laman web FBS

Teori Elliott Wave mengikuti peraturan dan garis panduan tersendiri. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang telah dijelaskan dalam artikel sebelum ini, tetapi garis panduannya bukan sesuatu yang tegar. Dalam kata lain, walaupun garis panduan tidak muncul selalu, ia dapat dilihat dalam kes yang cukup banyak dan tidak harus diabaikan.

Apakah itu Alternasi?

Alternasi (alternation) boleh dijelaskan sebagai jangkaan sesuatu perbezaan daripada gelombang yang serupa dalam satu pola dari segi kedalaman, kerumitan dan tempoh. Alternasi berlaku dalam impuls dan pembetulan. Mari kita lihat beberapa contoh.

Alternasi dalam Impuls

Biasanya terdapat korelasi antara gelombang dua dan empat dalam satu impuls. Impuls ke arah atas boleh dilihat pada carta berikutnya. Gelombang (ii) dalam impuls ini bergerak mendadak, tetapi gelombang (iv) bergerak secara mendatar. Begitulah cara alternasi berfungsi dalam impuls, yang mengalami dua pembetulan dalam gelombang dua dan empat. Sekiranya alternasi berlaku, maka jika satu pembetulan bergerak ke arah tertentu, yang lagi satu tidak mempunyai arah.

Selain itu, gelombang (ii) agak mudah ditafsirkan, tetapi gelombang (iv) mempunyai lebih banyak lagi gelombang di dalamnya, maka terdapat satu lagi alternasi dari segi kerumitan.

Carta dibawah menunjukkan dua alternasi. Di dalam gelombang (iii), gelombang ii yang tajam boleh diperhatikan dan seperti yang dijangkakan, gelombang (iv) bergerak secara mendatar. Satu lagi contoh adalah dalam gelombong iii, gelombang duanya bergerak sisi ke sisi dan gelombang empat adalah tajam, maka tertibnya telah berubah. Itu juga sejenis alterasi apabila anda menghadapi perubahan bentuk dalam gelombang dua dan empat secara berturut-turut.

Alternasi dalam Triangle

Gelombang dalam pembetulan dibahgaikan kepada Simple (Mudah), Complex (Rumit) dan Most Complex (Paling Rumit). Di dalam triangle, salah daripada gelombang lazimnya merupakan gelombang yang paling rumit. Seperti yang kelihatan pada carta di bawah, gelombang B mempunyai struktur yang paling rumit manakala gelombang lain adalah Mudah atau Rumit.

Alternasi dalam Zigzag

Kadang kala salah satu gelombang zigzag mempunyai struktur yang lebih rumit daripada yang lain. Carta seterusnya mewakili kes dengan gelombang rumit ((c)) berhubungan dengan gelombang ((a)) dan ((b)). Namun demikian, jika anda menghadapi gelombang mudah A dan gelombang rumit B, maka ada kemungkinan gelombang C akan menjadi gelombang mudah seperti A.

Alternasi dalam Double Zigzag

Gelombang double zigzag juga boleh memperlihatkan beberapa perbezaan daripada satu sama lain. Mari kita lihat pada carta di bawah. Gelombang (w) adalah mudah, gelombang (x) adalah rumit dan gelombang (y) adalah yang paling rumit. Oleh itu, jika gelombang W dan X daripada double zigzag boleh dikatakan mudah, kita tidak patut mengabaikan kemungkinan gelombang Y yang lebih rumit.

Alternasi dalam Flat

Konsistensi Mudah-Rumit-Paling Rumit juga boleh diguna pakai kepada trend flat. Carta berikutnya menunjukkan kes dengan gelombang C yang paling rumit. Pada masa yang sama, gelombang B mungkin gelombang yang paling rumit juga manakala rali besar dalam gelombang C membentuk gelombang mudah.

Kesimpulan

Alternasi adalah salah satu garis panduan yang berguna dan dapat membantu kita memahami gaya gelombang yang mungkin muncul dalam peringkat pasaran yang akan datang. Ia bukan peraturan langsung, tetapi alat tambahan yang berkuasa untuk mempertingkatkan pengiraan gelombang.

Mula berdagang

2023-07-26 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.