1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Saham Waktu Puncak: Apakah Ia dan Bagaimana Anda Memperdagangkannya?
2023-05-29 • Dikemaskini

Saham Waktu Puncak: Apakah Ia dan Bagaimana Anda Memperdagangkannya?

TRFNEW-918 Power Hour Stocks_ What Are They and How Do You Trade Them_.png

Bukan mudah untuk meramalkan arah pergerakan pasaran pada setiap masa, walaupun bagi pedagang yang berpengalaman. Bagaimanakah anda boleh memilih masa yang sesuai untuk perdagangan anda, dan mengapa penting untuk anda mempertimbangkan ledakan aktiviti pedagang?

Untuk perdagangan yang berjaya, adalah lebih baik jika anda memilih masa yang paling meruap dengan keaktifan yang tertinggi. Masa ini dipanggil "waktu puncak" ("power hour"). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa nuansa yang perlu diberi perhatian. Dalam artikel ini, kami akan mengkaji apakah itu saham waktu puncak (power hour stocks), cara-cara menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan dan cara melabur dengannya.

TRFNEW-918 Power Hour Stocks_ What Are They and How Do You Trade Them_-1.png

Apakah itu saham waktu puncak?

Waktu yang paling banyak aktiviti pedagang adalah pada awal dan akhir hari perdagangan. Bilakah waktu puncak di pasaran saham? Ia tidak semestinya suatu masa yang tertakrif dengan jelas dan terhad kepada satu jam sahaja. Tetapi jika harus dinyatakan juga satu rangka masa, ia di antara 9:30 dan 10:30 pagi EST (dari 14:30 hingga 15:30 GMT+3) dan dari 3:00 hingga 4:00 petang EST (dari 22:00 hingga 23:00 GMT+3).

Untuk memahami definisi waktu puncak, anda mesti ingat bahawa semakin tinggi aktiviti para pedagang, semakin tinggi kemeruapan. Dan inilah peluang untuk anda mengaut keuntungan.

Keaktifan para pedagang bergantung pada:

Pasaran saham AS dibuka pada 9:30 pagi EST. Inilah juga waktunya di mana Bursa Saham New York, pasaran kewangan terbesar, dibuka. Beratus-ratus syarikat gergasi korporat multinasional mula bergiat aktif. Selepas sekian waktu, satu lagi hab perdagangan besar, Chicago Mercantile Exchange, dibuka untuk perdagangan. Apabila gergasi pasaran mula bermain, peniaga meningkat, sekali gus meningkatkan kemeruapan.

Sebahagian besar orang lebih suka berdagang pada waktu pagi. Dengan cara ini, mereka dapat melangsaikan urusniaga mereka dengan lebih awal dan mempunyai masa bebas sepanjang hari.

Keaktifan pada waktu petang berlaku kerana semua syarikat kewangan utama, termasuk bursa saham, bakal ditutup untuk hari itu. Pada masa ini, pedagang berusaha untuk menyelesaikan urusniaga dan menutup posisi. Ini mewujudkan lonjakan aktiviti dan kemeruapan dalam tempoh sejam yang terakhir, iaitu antara 3 dan 4 petang EST.

Di samping itu, pedagang sangat aktif sebelum dan sejurus selepas hujung minggu, serta selepas tersiarnya berita mengenai syarikat-syarikat utama. Jangan lupa untuk memeriksa newsfeed anda dengan kerap!

Mereka yang berminat untuk berdagang di luar waktu biasa boleh mencuba perdagangan selepas waktu pasaran.

Bagaimana untuk memanfaatkan saham waktu puncak?

TRFNEW-918 Power Hour Stocks_ What Are They and How Do You Trade Them_-2.png

Pedagang profesional menyukai waktu puncak pasaran saham kerana inilah tempoh di mana kecairan tinggi dan volum perdagangan meningkat di pasaran. Salah satu komponen penting perdagangan yang sukses ialah kearifan tentang nuansa-nuansa berdagang di sesi perdagangan yang berbeza. Itu akan membolehkan anda menggunakan masa dan sumber anda dengan berkesan dan cekap.

Untuk berdagang di waktu puncak, anda boleh menggunakan beberapa strategi yang berbeza. Ada banyak pilihan, dan berikut adalah yang terbaik untuk digunakan di waktu puncak pasaran saham.

Scalping

Scalping ialah strategi perdagangan yang agak popular yang melibatkan pembelian dan penjualan aset kewangan (saham, matawang, niaga hadapan, dll.) beberapa kali pada siang hari dengan keuntungan yang kecil-kecil. Matlamat utama scalper bukanlah untuk mendapatkan keuntungan besar dari satu posisi tetapi dari beberapa dozen perdagangan.

Strategi ini bila diterapkan pada waktu puncak oleh pedagang yang berpengalaman, akan membuahkan hasil yang baik. Di sini mereka mempunyai peluang untuk merancakkan perdagangan dan meraih lebih banyak keuntungan.

Berdagang secara harian

Berdagang secara harian (day trading) adalah proses memperdagangkan aset kewangan untuk meraih keuntungan dalam masa satu hari. Pedagang harian (day traders) menutup posisi mereka pada hari yang sama mereka membukanya. Mereka juga boleh membuat beberapa transaksi sepanjang hari tersebut untuk satu aset yang sama, atau beberapa aset yang berbeza.

Perdagangan swing

Perdagangan swing memanfaatkan perubahan harga untuk meraih keuntungan. Dalam kes ini, posisi yang dibuka dikekalkan untuk satu tempoh yang singkat, secara purata dari beberapa jam hingga dua atau tiga hari.

Untuk menggunakan pergerakan swing, anda perlu mempunyai kemahiran analitikal untuk bertindak secara fleksibel dan menggunakan taktik yang berbeza bergantung pada keadaan. Mempelajari strategi ini memakan masa dan boleh kelihatan agak rumit, tetapi masa yang dihabiskan untuk mempelajari strategi ini memberi pulangan yang berlipat kali ganda.

Bagaimana cara untuk melabur dengan saham waktu puncak?

TRFNEW-918 Power Hour Stocks_ What Are They and How Do You Trade Them_-3.png

Masih ada satu soalan terakhir yang perlu diselesaikan. Bagaimana caranya untuk saya melabur dengan saham waktu puncak?

Berbanding dengan perdagangan jangka pendek, pelaburan adalah proses jangka panjang. Tempoh antara membeli dan menjual adalah lebih daripada setahun. Dengan strategi yang betul dan kemahiran tertentu, pelaburan kecil sekali pun boleh membawa kepada keuntungan yang besar.

Jika anda ingin meraih jutaan dolar di bursa, ikuti petua berikut:

  • Buat keputusan secara bermaklumat. Jangan tergesa-gesa dan pilih pelaburan anda dengan berhati-hati semasa waktu puncak.
  • Beri perhatian kepada nisbah harga berbanding perolehan (price-to-earnings ratios).
  • Pantau kontrak opsyen.
  • Melabur dalam industri berpertumbuhan tinggi.

Baca lebih lanjut

  • 3018

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera