
Today, the US Congress's midterm elections will be held. According to pre-election estimates, Republicans can regain control of at least one of the chambers.
Jika anda masih tidak mengetahui apa-apa mengenai GameStop sebelum semua kekecohan yang berlaku sekarang ini, kami akan ceritakan kepada anda. GameStop adalah sebuah rangkaian kedai di jalan-jalan utama perbandaran di Amerika yang menjual permainan dan konsol video, serta perkakas-perkakas elektronik lain. Ternyata, pandemik Covid-19 menjejaskan kedai-kedai sebegitu dengan begitu teruk sekali dan GameStop tidak terkecuali. Dan siapalah yang akan pergi membeli permainan video di kedai fizikal bila semuanya kini dijual di dalam talian?
Seperti yang anda boleh lihat, GameStop berhadapan dengan masa yang sukar. Justeru, banyak dana lindung nilai (hedge funds) bertaruh bahawa GameStop akan susut nilainya dan mula menjual saham syarikat tersebut. Dan harga GameStop sudah mulai benar-benar jatuh, tetapi, sekonyong-konyongnya, para pengguna di Reddit mulai membincangkan tentang topik ini, menjadikan ia sohor kini (trending), dan mulai membeli saham GameStop secara besar-besaran.
Kesannya, permintaan telah melonjakkan harga saham ini dengan mendadak, dan semua pelabur yang telah bertaruh bahawa ia akan menyusut kini kerugian berbilion dolar. Aktiviti ini telah menyebabkan terjadinya apa yang dipanggil "short squeeze". Golongan "short sellers" ini telah bertaruh bahawa GameStop akan merosot, kemudian terpaksa membeli lebih banyak saham GameStop untuk menutup kerugian mereka. Itu seterusnya mendorong harga naik lebih tinggi, yang kemudian memaksa lebih ramai short sellers menutup kerugian mereka, yang menolak harga jauh lebih tinggi lagi.
Sesetengah orang mulai membeli saham GameStop hanya untuk bersuka-suka. Yang lain pula mahu untuk menguji sejauh mana keupayaan komuniti internet. Malah ada pendapat yang percaya ia seperti satu pelunasan dendam terhadap syarikat kewangan gergasi yang dituduh bertanggungjawab di atas kejatuhan pasaran saham pada tahun 2008. Malah, Elon Musk juga ikut sekali dalam gerakan ini dengan sebuah hantaran ciapan, yang mendorong GameStop naik lebih tinggi.
Kerugian total semua taruhan yang melawan GameStop mencecah $5 billion, menurut Investopedia. "Kita sedang menyaksikan satu fenomena yang belum pernah saya lihat," Jim Cramer, seorang pengulas Wall Street.
Saham GameStop melonjak lebih dari 822%, dari $17.25 pada awal tahun menjadi setinggi $159.18 pada hari Isnin. Pada hari Khamis, ia melonjak ke $483.00, sebelum turun semula menjadi separuh dari nilai tersebut. Hari ini ia didagangkan sekitar $380.00.
Kekecohan GameStop ini memberi impak yang besar ke atas indeks-indeks besar. Kedua-dua S&P 500 dan Dow Jones jatuh dengan ketara pada hari Rabu, turun 2.6% dan 2.1% masing-masing. Sesetengah penganalisis menganggap penjualan besar-besaran indeks berlaku kerana para pelabur mengeluarkan wang mereka dari indeks-indeks ini untuk menutup taruhan short yang dibuat pada saham seperti GameStop.
Izinkan kami tamatkan artikel ini dengan nada yang positif. Situasi ini mencetus banyak sekali meme, seperti yang tertera di bawah.
Today, the US Congress's midterm elections will be held. According to pre-election estimates, Republicans can regain control of at least one of the chambers.
A new week will be interesting as we await Central Banks Meetings, more earnings reports, and NFP. Let's review the main headlines for this Monday as we prepare for volatile days ahead!
Bloomberg says yesterday’s movement was so far the wildest. It was the first time in history for the US500 to crash by 2% and close the day 2.8% above the neutral line. There’re several possible reasons for the move.
Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!
RBA dan Bank Kanada akan menambah kemeruapan pada AUD dan CAD, manakala USD dijangka dirangsang oleh Daftar Gaji Bukan Ladang.
Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.